Hi! Welcome Back and Stay Tune! Konta benam Wozniacki rangkul tenis Terbuka Miami - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Konta benam Wozniacki rangkul tenis Terbuka Miami

JOHANNA Konta membalas pukulan Caroline Wozniacki pada final Terbuka Miami di Crandon Park Tennis Center, pagi tadi. – Foto USA TODAY Sports

MIAMI: Johanna Konta memastikan kejuaraan terbesar pernah diraih pemain British dalam tempoh 40 tahun selepas menewaskan Caroline Wozniacki 6-4, 6-3 di final Terbuka Miami, pagi tadi.

Setakat ini, Konta belum pernah memenangi sebarang kejohanan elit WTA dan kemenangan itu akan turut melonjakkan pemain ini ke ranking ketujuh dunia.

Dalam laluan mencipta kejutan terbesar kali ini, pemain kelahiran Sydney berusia 25 tahun itu juga turut menewaskan pemain pilihan dari Amerika Syarikat, Venus Williams di peringkat separuh akhir.

Ketika perlawanan akhir itu, cukup jelas Konta memiliki semangat yang cukup tinggi untuk memastikan kejayaan terbesar dalam kariernya selepas pencapaian terbaik pemain British adalah ketika Virginia Wade memenangi Wimbledon pada 1977.

JOHANNA Konta bersalaman dengan Caroline Wozniacki selepas menjuarai final Terbuka Miami di Crandon Park Tennis Center, pagi tadi. – Foto AFP

Konta menegaskan permulaan pantas di awal permainan banyak membantunya meraih kejayaannya di pentas final kedua di pertandingan utama selepas tewas kepada Agnieszka Radwanska di Beijing, China tahun lalu.

“Mengharungi perlawanan ini menentang pemain seperti Caroline cukup penting untuk saya menentukan cara yang betul dan perlu dilakukan ketika perlawanan.

“Ia juga peluang terbaik untuk saya melakukan taktikal yang dimahukan,” kata Konta.

Penampilan itu adalah final dan kekalahan ketiga buat Wozniacki tahun ini selepas mengalami nasib sama ketika aksi di Doha dan Dubai.

“Saya sebenarnya berharap ia lebih baik pada penampilan final ketiga saya. Tetapi saya fikir, saya boleh ambil banyak perkara positif daripada keputusan ini dan cuba bangkit semula dengan aksi lebih baik selepas ini,” kata Wozniacki.

AFP

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2nMQdk9

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.