Liga Ragbi AirAsia Pentas Bukti Kemampuan
PRESIDEN Rugbi Malaysia, Datuk Shahrul Zaman. – Foto Owee Ah Chun
KUALA LUMPUR: Kejohanan Liga Ragbi AirAsia Malaysia 2017 adalah antara medan terbaik buat pemain ragbi seluruh tanah air membuktikan kemampuan mereka.
Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia (MRU), Datuk Shahrul Zaman berkata, liga yang menerima tajaan dari syarikat penerbangan AirAsia itu secara tidak langsung dapat memupuk minat remaja menceburi sukan berkenaan.
“Liga Ragbi AirAsia Malaysia 2017 adalah pemangkin buat kami untuk mencapai visi menjadikan Malaysia sebagai salah satu kuasa besar ragbi dunia.
“Ia juga adalah medan buat pemain dari seluruh negara beraksi di tahap tertinggi.
“Liga ini juga sudah menjadi sumber inspirasi buat remaja untuk menyertai sukan yang menarik ini,” katanya, hari ini.
Semalam, pasukan Keris Conlay muncul juara buat kali ketiga untuk Liga Perdana selepas menewaskan ASAS RC di pentas final.
Kali pertama mereka muncul juara adalah pada tahun 2013 sebelum meraih trofi kedua, dua tahun kemudian.
Keris Conlay membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000, pingat dan trofi manakala ASAS RC meraih RM5,000 termasuk pingat.
Mersing Eagles muncul tempat ketiga dan menerima RM3,000 selepas menewaskan UiTM Lions dalam penentuan tempat ketiga dan keempat.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2oppCLA✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment