Hi! Welcome Back and Stay Tune! 39,000 Warga Pakistan Diusir Dari Arab Saudi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

39,000 Warga Pakistan Diusir Dari Arab Saudi

Spread the love

RIYADH – Sekurang-kurangnya 39,000 rakyat Pakistan dihantar pulang dari Arab Saudi sepanjang tempoh empat bulan lalu kerana terbabit dalam pelbagai kegiatan keganasan dan jenayah.

Sumber keselamatan memberitahu akhbar Saudi Gazette, pengusiran dibuat selepas ‘peraturan pemastautin dan pekerjaan’ didakwa dicabuli warga Pakistan berkenaan.

Ia susulan dakwaan pembabitan sejumlah warga Pakistan dalam ‘beberapa tindakan keganasan’ dirancang militan Daesh, jenayah pengedaran dadah, kecurian, pemalsuan dan serangan fizikal menyebabkan penelitian terperinci perlu dilakukan ke atas rakyat negara terbabit ke Arab Saudi.

Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Majlis Shura, Abdullah Al Sadoun, meminta warga Pakistan menjalani pemeriksaan teliti sebelum diambil bekerja di negara itu.

Pihak berkuasa Arab Saudi juga melakukan tindakan sama di Pakistan untuk menyaring rakyatnya yang bekerja di negara itu.

Menurut Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi, 82 warga Pakistan sedang ditahan di penjara perisikan atas tuduhan berkaitan keganasan dan keselamatan.

Pasukan keselamatan juga menggagalkan tindakan keganasan membabitkan dua warga Pakistan, seorang Syria dan Sudan yang cuba meletupkan Stadium Al Jawhara di Jeddah ketika lebih 60,000 penonton menyaksikan perlawanan bola sepak antara pasukan KSA (Arab Saudi) dan Emiriah Arab Bersatu ( UAE). – Saudi Gazette/BH ONLINE

[embedded content]

Loading…

Spread the love

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2llNKM3

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.