Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mehmet Durakovic Ganti Weigang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mehmet Durakovic Ganti Weigang

IPOH:Persatuan Bolasepak Perak Darul Ridzuan (PAFA) mengumumkan penamatan kontrak jurulatih skuad Liga Super Perak, Karl Heinz Weigang berkuatkuasa hari ini.

Menurut Presidennya,Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan, PAFA dan Karl Heinz Weigang telah mencapai keputusan bersama bahawa kontraknya sebagai Ketua Jurulatih Pasukan Bolasepak Liga Super Perak The Bos Gaurus ditamatkan berkuatkuasa 22 Febuari ini.

Ujarnya keputusan tersebut dicapai setelah kedua-dua pihak mengadakan perbincangan panjang lebar dan setelah meneliti pelbagai aspek dan cadangan.

“PAFA sangat menghormati dan menghargai Karl Heinz Weigang yang telah memberi perkhidmatan dan sumbangan yang luar biasa kepada pasukan dan dinobatkan sebagai jurulatih lagenda Pasukan Perak The Bos Gaurus,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Berikutan itu PAFA mengumumkan pelantikan Mehmet Durakovic sebagai Ketua Jurulatih yang baru Pasukan Perak The Bos Gaurus berkuatkuasa hari ini.

“Keputusan melantik Mehmet Durakovic dibuat setelah PAFA meneliti beberapa calon jurulatih tempatan
dan asing.

“Mehmet Durakovic yang berasal dari Australia berusia 52 tahun telah dipilih berdasarkan rekod beliau sebagai pemain dan jurulatih,” katanya lagi.

Ketika Mehmet Durakovic bersama Pasukan Selangor sebagai pemain dan Ketua Pasukan, beliau telah menjuarai pelbagai kejohanan antaranya Piala Malaysia pada tahun 1995, 1996 dan 1997, Liga Malaysia pada tahun 1995, 1996 dan 1997, Piala Sumbangsih pada tahun 1996 dan 1997, Piala FA pada tahun 1995.

Beliau juga telah menjuarai Piala Malaysia sebagai Ketua Jurulatih pada tahun 2015 termasuk penyertaan di dalam Piala AFC bersama pasukan Selangor.

Mehmet Durakovic merupakan bekas pemain utama Pasukan Australia yang pernah menyertai pelbagai kejohanan termasuk kempen Piala Dunia 1990 dan 1994 sebagai Ketua Pasukan.

Beliau juga mempunyai pengalaman yang luas di dalam bidang pengurusan dan kejurulatihan untuk pelbagai pasukan bolasepak di Australia.

Pada masa yang sama, PAFA turut berharap perlantikan Mehmet Durakovic mampu membentuk pasukan yang berkualiti dengan ilmu, pengalaman, sistem kejurulatihan dan taktikal tahap tertinggi bagi mencapai sasaran yang ditetapkan untuk Pasukan Bolasepak Liga Super Perak The Bos Gaurus bagi musim 2017.

Perak Today

Comments

comments

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2kL7han

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.