Hi! Welcome Back and Stay Tune! Guna kad kredit untuk rawatan obesiti, pengurus besar kanan MAHB ditangkap SPRM - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Guna kad kredit untuk rawatan obesiti, pengurus besar kanan MAHB ditangkap SPRM

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini telah menangkap  seorang Pengurus Besar Kanan, Bahagian Sumber Manusia Malaysia Aiports Holding Berhad (MAHB) kerana dipercayai telah menyalahgunakan kedudukannya dengan meluluskan peruntukkan kira-kira RM80,000 bagi tujuan rawatan kecantikan kulit serta pelangsingan badan untuk diri sendiri.

Suspek berusia 41 tahun itu ditangkap di kediamannya di Bandar Tun Razak, Cheras kira-kira jam 11 pagi tadi.

Menurut sumber, suspek dikatakan mempunyai masalah obesiti dan disyaki telah menyalahgunakan kad kredit korporat yang dibekalkan oleh MAHB kepadanya untuk menjalani satu rawatan yang tidak terdapat dalam kontrak faedah.

Difahamkan, MAHB akan membekalkan kad kredit korporat kepada pegawai yang layak untuk kegunaan rasmi.

Melalui maklumat yang dikumpulkan, kad kredit korporat itu hanya boleh digunakan untuk kegunaan rasmi termasuk pembelian tiket kapal terbang, penginapan, keraian dan dan belanja mesyuarat seperti yang dinyatakan dalam SOP syarikat tersebut.

Suspek telah dilantik sebagai Pengurus Besar, Bahagian Sumber Manusia pada Januari 2015 sebelum dinaikkan pangkat ke Pengurus Besar Kanan di bahagian yang sama pada Disember 2015.

Siasatan awal mendapati suspek telah mendapatkan rawatan kecantikan kulit serta pelangsingan badan tersebut di sebuah klinik dan hospital swasta di Lembah Klang antara Disember 2015 hingga Ogos 2016.

Jelas sumber lagi, segala kelulusan tuntutan perubatan kakitangan MAHB bergantung kepada semakan yang dilakukan oleh sebuah syarikat pihak ketiga yang dilantik bagi menguruskan kemudahan perubatan kakitangan mengikut ‘Schedule of Benefits’ dan ‘exclusion list’ yang diluluskan oleh Bahagian Sumber Manusia MAHB.

Pengarah Siasatan SPRM, Dato’ Simi Abd Ghani ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata pihaknya telah merampas beberapa dokumen termasuk kad-kad kredit korporat yang dibekalkan kepada suspek bagi membantu siasatan.

Suspek dijangka akan dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya esok untuk permohonan reman.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lnu1Mc

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.