Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dua lelaki didakwa terlibat pengubahan wang haram RM10.3 juta - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dua lelaki didakwa terlibat pengubahan wang haram RM10.3 juta

SEREMBAN: Dua lelaki dihadapkan di Mahkamah Sesyen berasingan di sini hari ini atas pertuduhan terbabit dalam aktiviti pengubahan wang haram berjumlah lebih RM10.3 juta dari Ogos 2014 sehingga Januari 2015.

Nor Hazaini Yahya, 44, mengaku tidak bersalah selepas tujuh pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Fathiyah Idris sementara Mohamad Najib Kamis, 40, mengaku tidak bersalah selepas empat pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim G Ramesh.

Nor Hazaini didakwa menerima wang hasil aktiviti haram sebanyak RM8,933,229.76 di empat lokasi berbeza di sini dan Nilai, antara 8 Ogos 2014 hingga 29 Jan 2015.

Timbalan Pendakwa Raya Nor Ashikin Mokhtar menawarkan jaminan sebanyak RM800,000 bagi kesemua pertuduhan kerana kesalahan yang dihadapi tertuduh adalah serius.

Nor Ashikin juga memohon agar kes ini dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bagi dibicarakan bersama kes-kes lain yang dihadapi tertuduh.

Peguam tertuduh, Mohd Harris Abdullah dan Mohd Faizi Che Abu memohon mahkamah mengenakan jaminan yang minimum kerana tertuduh tidak mampu membayar jaminan yang tinggi disebabkan kesemua wang tertuduh telah dibekukan dan tertuduh perlu menanggung dua orang anak dan seorang isteri.

Fathiya kemudiannya membenarkan Nor Hazaini diikat jamin sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin bagi semua pertuduhan dan membenarkan kes dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Mohamad Najib pula didakwa menerima wang hasil aktiviti haram sebanyak RM1,374,499.66 di dua lokasi berbeza di sini dan Nilai, antara 4 Nov 2014 hingga 30 Jan 2015.

Nor Ashikin memohon agar mahkamah mengenakan jaminan RM400,000 bagi kesemua pertuduhan yang dihadapi tertuduh.

Peguam yang mewakili Mohamad Najib, Datuk Hanif Hassan, bagaimanapun memohon agar mahkamah mengenakan jaminan yang minimum.

Ramesh kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM30,000 dengan seorang penjamin bagi semua pertuduhan dan pasport antarabangsa diserahkan kepada mahkamah.

Mahkamah juga menetapkan kes disebut semula pada 12 Mei ini.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613) yang membawa hukuman denda maksimum RM5 juta, penjara sehingga 15 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

— BERNAMA

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2kYyaCD

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.