Hi! Welcome Back and Stay Tune! Saintis Jepun Berhasrat Lancar Meteor Tiruan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Saintis Jepun Berhasrat Lancar Meteor Tiruan

Spread the love

GEORGE TOWN – Fenomena meteor, satu daripada keajaiban alam semula jadi paling indah di dunia, memberi inspirasi kepada seorang saintis Jepun Lena Okajima untuk melancarkan beribu-ribu meteor tiruan di Bumi.

Okajima, pemegang ijazah doktor falsafah dalam bidang astronomi berkata syarikat mereka, ALE Co. Ltd. (ALE) berhasrat untuk melancarkan satelit mikro yang boleh menghasilkan meteor pada masa dan lokasi yang tepat di laluan cakrawala.

Ketua Pegawai Eksekutifnya itu, fenomena meteor semula jadi berlaku apabila zarah kecil di angkasa, memasuki atmosfera dan terbakar terang melalui proses dikenali sebagai “pelepasan plasma” dan ALE menghasilkan meteor dengan mewujudkan semula proses itu secara tiruan dengan bantuan satelit.

“Kita akan menghantar satelit dimuatkan dengan kira-kira 500 zarah meteor tiruan ke orbit segerak matahari di sekitar putaran bumi dan memberi signal kepada satelit untuk pelepasan zarah-zarah itu menggunakan peranti direka khas di atas kapal.

“Zarah-zarah yang dilepaskan dari pengedaran satelit bergerak kira-kira satu per tiga mengelilingi bumi dan memasuki atmosfera, terbakar sepanjang perjalanan dan menjadi meteor yang boleh dilihat dengan mata kasar,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Okajima ditemui pada sesi ceramah “Science Through Entertainment with Shooting Stars on Demand” anjuran Konsulat Jeneral Jepun di Pulau Pinang, Kelab Astronomi dan Jabatan Aeroangkasa Universiti Sains Malaysia (USM) di USM hari ini.

“Meteor itu muncul dalam pelbagai warna dan jumlah, menjadikan pancuran meteor berwarna-warni sebagai menakjubkan.

“Kita dapat melakukan ini dengan memuatkan satelit zarah meteor terdiri daripada bahan-bahan berbeza yang mengeluarkan pelbagai warna semasa reaksi bernyala,” katanya.

Okajima berkata meteor itu boleh dilihat dalam lingkungan radius sehingga 200 kilometer.

Beliau berkata meteor tiruan boleh di manfaatkan dalam upacara pembukaan besar-besaran pada sambutan festival, acara komersial atau acara lain melibatkan pertunjukan bunga api astronomi.

Teknologi baharu ini difahamkan akan dipamerkan pada Sukan Olimpik Tokyo 2020 di Jepun dan Okajima berharap pancuran meteor mungkin boleh memberi inspirasi kepada saintis generasi akan datang. – BERNAMA

[embedded content]

Loading…

Spread the love

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2loRvAk

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.