Kedai Emas Di Sungai Petani Kerugian RM100,000 Disamun
Spread the love
SUNGAI PETANI – Sebuah kedai emas di Jalan Dewa dekat sini kerugian RM100,000 selepas disamun sekumpulan empat lelaki dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda Supt Saifi Abdul Hamid berkata siasatan awal mendapati empat lelaki berkenaan, yang memakai topi keledar dan memakai penutup muka, datang ke kedai emas terbabit menaiki dua motosikal.
“Terdapat empat pekerja wanita di dalam kedai ketika itu, kesemua suspek kemudiannya menyerbu ke dalam kedai dengan seorang daripadanya mengacukan pistol menyebabkan semua pekerja lari menyelamatkan diri di belakang kedai.
“Seorang suspek menggunakan tukul untuk memecahkan cermin kaca tempat menyimpan barang kemas sebelum dua rakannya mengambil barang kemas terbabit, manakala seorang lagi memantau di hadapan kedai,” katanya menerusi satu kenyataan media hari ini.
Saifi berkata kesemua suspek kemudiannya melarikan diri dengan motosikal.
Siasatan masih dijalankan bagi mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. – BERNAMA
[embedded content]
Loading…
Spread the love
✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!






Post a Comment