Hi! Welcome Back and Stay Tune! Alliance DBS Kekal Saranan 'beli' Terhadap HLB - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Alliance DBS Kekal Saranan 'beli' Terhadap HLB

KUALA LUMPUR: Alliance DBS Research mengekalkan saranan “beli” terhadap saham Hong Leong Bank Bhd (HLB) dengan harga sasaran kekal pada RM15 setelah syarikat dapat meningkatkan aliran pendapatan.

Dalam nota penyelidikannya hari ini, firma penyelidikan itu berkata prestasi kewangan separuh tahun kewangan HLB yang berakhir pada 31 Dis, 2016, adalah dalam jangkaan.

Semalam, bank memaklumkan sidang media bahawa jumlah pendapatannya bagi separuh pertama tahun kewangan 2016 meningkat 8.5 peratus berbanding tahun ke tahun kepada RM2.275 bilion.

“HLB mencatatkan keputusan kewangan yang kukuh, disokong oleh pendapatan perbendaharaan dan margin faedah bersih (NIM) yang teguh,” katanya.

Walaupun terjejas sedikit oleh sumbangan yang rendah daripada sekutu bank, Bank of Chengdu (BOCD), firma penyelidikan itu bagaimanapun memahami keadaan kualiti aset telah stabil.

“HLB kekal untuk memenuhi sasaran tahun kewangan 2017 sehingga 30 Jun, 2017, termasuk pertumbuhan pinjaman bagi mengikuti paras industri antara empat hingga lima peratus, nisbah pendapatan bukan faedah kurang daripada 25 peratus, nisbah kos kepada pendapatan kurang daripada 46 peratus dan pulangan ke atas ekuiti sebanyak 10 hingga 11 peratus,” katanya.

Pada pukul 11 pagi, saham HLB naik satu sen kepada RM13.60 dengan 303,300 saham bertukar tangan.

— BERNAMA

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2kKpdSc

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.