Kes Bunuh: Polis Mohon Lanjutkan Reman 3 Suspek
Spread the love
KUALA LUMPUR – Polis akan memohon untuk melanjutkan perintah tahanan reman selama tujuh hari lagi terhadap tiga suspek yang ditahan sebelum ini bagi membantu siasatan kes pembunuhan rakyat Korea Utara, Kim Jong-nam pada 13 Feb lepas, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Beliau berkata permohonan akan dibuat hari ini terhadap suspek seorang wanita menggunakan pasport Vietnam dengan nama Doan Thi Huong, 28, seorang wanita, Siti Aishah, 25, yang mengggunakan pasport Indonesia dan seorang lelaki Korea Utara yang dikenali Ri Jong Chol, 47.
“Seorang lelaki warga tempatan Muhammad Farid Jalaluddin, 26, yang ditahan sebelum ini, dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman, di sini hari ini.
Kim Jong-nam, yang merupakan abang pemimpin tertinggi Korea Utara Kim Jong-un, dilaporkan meninggal dunia pada 13 Feb lepas ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya.
Beliau sebelum itu dilaporkan berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) sementara menunggu penerbangannya ke Macau apabila diserang dua wanita dengan mukanya ditekup dengan kain yang dipercayai mengandungi cecair beracun.
Jong-nam ke Malaysia pada 6 Feb menggunakan pasport dengan nama Kim Chol. Susulan kes itu, empat individu ditahan polis secara berperingkat sehingga semalam. – BERNAMA
[embedded content]
Loading…
Spread the love
✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment