Hi! Welcome Back and Stay Tune! Agong Berangkat Ke Majlis Santapan Malam Sempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Agong Berangkat Ke Majlis Santapan Malam Sempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V malam ini berkenan berangkat ke Majlis Santapan Malam sempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu kali ke-245 di Istana Negara.

Turut berangkat ke majlis itu ialah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah serta Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin.

Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah diwakili Raja Muda Kedah Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah serta isteri Raja Puan Muda Tengku Maliha Tengku Ariff.

Pemangku Raja Kelantan Tengku Dr Muhammad Faiz Petra juga berangkat ke santapan malam itu.

Majlis juga menyaksikan kehadiran Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas, Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob, Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, menteri-menteri besar, ketua-ketua menteri serta isteri masing-masing turut menyertai santapan malam itu.

Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu yang berlangsung selama dua hari itu dipengerusikan Sultan Nazrin Shah. Ia berakhir esok. — Bernama

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2loYBox

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.