Hi! Welcome Back and Stay Tune! KAFA lunas gaji tertunggak 2 bulan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

KAFA lunas gaji tertunggak 2 bulan

KOTA BHARU: Selepas isu tunggakan gaji pemain didedahkan media, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), akhirnya melangsaikan gaji tertunggak Januari dan Februari kepada pemain dan pegawai pasukan semalam.

Setiausaha Agung KAFA, Datuk Ismail Md Noor, berkata pembayaran itu dilakukan selepas pihaknya menerima wang daripada penaja.

DATUK Ismail Md Noor. – Foto Faris Zainuldin

Bagaimanapun, Ismail enggan memaklumkan jumlah bayaran yang diselesaikan sebaliknya hanya memberitahu ia membabitkan ratusan ribu ringgit.

“Alhamdulillah semalam kita sudah menyelesaikan tunggakan gaji pemain selama dua bulan iaitu Januari dan Februari. Justeru kita berharap peminat berhenti membuat sebarang spekulasi berhubung isu gaji membabitkan pemain dan pegawai pasukan,” katanya ketika dihubungi.

Pada masa sama, Ismail menolak dakwaan bahawa punca kekalahan kali kedua berturut-turut pasukan itu adalah kerana kelewatan pembayaran gaji pemain.

“Kekalahan TRW di laman sendiri tiada kaitan dengan tunggakan gaji, nasib tidak menyebelahi kita walaupun menguasai perlawanan,” katanya.

BH Sukan sebelum ini melaporkan pemain merayu supaya KAFA menyelesaikan segera tunggakan gaji mereka dengan bayaran minimum sebulan, bagi menyuntik semangat untuk mengharungi kempen saingan Liga Super, musim ini.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2kYgBCM

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.