Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tiada Kompromi, Tindakan Tegas Buat Pihak Buang Sampah Secara Haram - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tiada Kompromi, Tindakan Tegas Buat Pihak Buang Sampah Secara Haram

Spread the love

SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang melakukan kesalahan membuang sampah di tempat yang tidak dibenarkan.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Jalaluddin Alias berkata kerajaan negeri memandang serius perkara itu dalam usaha menjadikan negeri ini sifar sampah haram.

“Kita tidak akan lagi bertolak-ansur dalam soal ini, tiada amaran bagi mereka yang melakukan kesalahan. Kita akan menguatkuasakan undang-undang dan mereka yang didapati melakukan kesalahan ini akan dikenakan tindakan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media yang turut dihadiri Pengarah SWCorp Negeri Sembilan Zainal Fitri Ahmad dan Pengurus Wilayah SWM Environment Sdn Bhd (SWM) Melaka/Negeri Sembilan Dr Al’Ashari Othman, di sini hari ini.

Jalaluddin berkata 47 lokasi sampah dikenal pasti iaitu 13 lokasi di Nilai, Seremban (11), Tampin (sembilan), Port Dickson (lima), masing-masing tiga lokasi di Kuala Pilah dan Jempol serta dua lokasi di Jelebu dan Rembau satu lokasi.

Katanya sejumlah 334 tan sampah haram di 47 lokasi terbabit sudah bersihkan oleh SWM Environment Sdn Bhd dan papan tanda amaran larangan membuang sampah juga didirikan di situ.

“SWM dan SWCorp akan memantau serta membuat rondaan dan intipan di lokasi sampah haram ini bagi memastikan tiada yang mengulangi perbuatan membuang sampah di situ,” katanya.

Beliau berkata setakat ini, dua pesalah masing-masing di Port Dickson dan Tampin didapati bersalah melakukan kesalahan tersebut dan dijatuhi hukuman manakala satu lagi kes di Jelebu akan disebut semula di mahkamah esok. – BERNAMA

[embedded content]

Loading…

Spread the love

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2kKTxfK

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.