Hi! Welcome Back and Stay Tune! VIDEO City Bangkit Benam Monaco, Atletico Peroleh Bekalan Selesa - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

VIDEO City Bangkit Benam Monaco, Atletico Peroleh Bekalan Selesa

Griezmann challenges for the ball while under pressure from Bayer Leverkusen defender Benjamin HenrichsANTOINE Griezmann menjaringkan gol ke-17nya musim ini ketika Atletico Madrid menundukkan Bayern Leverkusen 4-2 pada aksi pertama 16 terakhir Liga Juara-Juara di BayArena, awal pagi Rabu.

Dengan kemenangan itu, Atletico kini memperoleh bekalan selesa bagi menghadapi aksi kedua di gelanggang sendiri bulan depan.

Anak buah Diego Simone itu berada di depan menerusi jaringan Saul Niguez pada minit ke-17 dan Antoine Griezmann, lapan minit kemudian.

Bagaimanapun, Leverkusen berjaya mengurangkan defisit gol itu menerusi jaringan Karim Bellarabi pada minit ke-48.

Atletico terus menambah derita Leverkusen apabila Kevin Gameiro menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-59 untuk meletakkan pelawat kekal mendahului dengan 3-1.

Stefan Savic bagaimanapun melakukan kesilapan dengan meledak gol sendiri sekali gus menghadiahkan gol kedua untuk tuan rumah pada minit ke-68.

Perlawanan itu menjadi aksi penuh mendebar selepas kedudukan 3-2 sebelum Fernando Torres melegakan penyokong Atletico apabila melengkapkan gol keempat ketika perlawanan berbaki empat minit.

Menerusi kekalahan itu, Leverkusen kini kecundang buat kali pertama kalinya di depan penyokong sendiri selepas berjaya 10 rekod tanpa kalah dalam aksi peringkat Eropah.

Sebelum ini, kelab Jerman itu yang juga finalis 2002 pernah terlepas aksi slot lapan terbaik empat kali selepas gagal melepasi pusingan ini dalam empat percubaan terdahulu.

Sementara itu, Atletico pula berada selangkah untuk ke saingan suku akhir buat kali kesembilan dalam kejohanan tersebut.

Sementara itu MANCHESTER City bangkit daripada ketinggalan dua kali sebelum menundukkan Monaco 5-3 dalam aksi pertama 16 terakhir Liga Juara-Juara yang penuh mendebarkan di Stadium Etihad, awal pagi Rabu.

Pasukan tuan rumah mendahului perlawanan pada minit ke-26 menerusi jariangan Sterling.

Namun benteng City mula dirobek lawan apabila mereka ketinggalan 2-1 dan kemudian 3-2 sebelum bangkit menerusi jaringan lewat Sergio Aguero (dua gol) dan dua lagi jaringan oleh John Stones dan Leroy Sane.

Tiga gol Monaco hadir berpunca daripada kesilapan Willy Caballero, Nicolas Otamendi dan Stones.

Monaco berjaya mengikat kedudukan 1-1 menerusi jaringan Radamel Falcao, yang menanduk masuk hantaran Fabinho selepas penjaga gol City, Caballero terkeluar daripada posisi sepatutnya.

City frontman Raheem Sterling slides in ahead of Benjamin Mendy to put the hosts ahead from close range on 26 minutes Kylian Mbappe kemudian meletakkan Monaco di depan pada minit ke-40 selepas Otamendi membenarkan penyerang berusia 18 tahun itu mengatasinya ketika sepakan percuma.

Selepas Aguero menyamakan kedudukan, Stone meledak jaringan keempat tuan rumah pada minit ke-77 sebelum Sane memuktamadkan keputusan 5-3, pada minit ke-82.

Sementara itu, Pengurus City, Pep Guardiola tetap berpuas hati dengan kemenangan tersebut sekali gus meniup harapan pasukan tuan untuk mara ke pusingan seterusnya.

“Keputusan ini membantu pasukan untuk mara selangkah ke hadapan. Kami diserang dalam ruang yang kecil. Ini adalah sebab mereka mahu saya datang ke sini.

“Semua orang harus diberi pujian. Kami akan berlepas ke Monaco untuk menjaringkan lebih banyak gol. Jika kami tidak mencipta kejutan di Monaco kami akan disingkirkan,” katanya.

Comments

comments

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2kXDpmg

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.