Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pembunuhan Jong Nam: Kebajikan Siti Aisyah tetap dijaga sehingga dia didapati bersalah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pembunuhan Jong Nam: Kebajikan Siti Aisyah tetap dijaga sehingga dia didapati bersalah

JAKARTA: Malaysia memberi jaminan untuk menjaga kebajikan dan hak wanita warga Indonesia Siti Aisyah yang ditahan bagi membantu siasatan kes pembunuhan rakyat Korea Utara, Kim Jong-nam baru-baru ini.

Duta Besar Malaysia di Indonesia Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata hari ini, Malaysia berpegang kepada prinsip undang-undang yang menyatakan seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah.

“Disebabkan itu hak dan kebajikan Siti Aisyah di sisi undang-undang akan terjaga, melainkan selepas dia didapati bersalah melalui proses mahkamah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

BACA: Pembunuhan Jong Nam: Keluarga bingung bagaimana Siti Aisyah boleh berada di Malaysia

VIDEO: Suspek telah berlatih melakukan pembunuhan

INFOGRAFIK: Siapa Kim Jong-Nam?

Katanya, Malaysia tidak pernah memberi layanan berbeza terhadap mana-mana rakyat asing yang ditahan polis jika ianya terkait perlanggaran undang-undang.

Beliau berkata, semua pihak haruslah memberi kerjasama supaya sesuatu kes itu dapat diselesaikan dan proses penyelesaiannya adalah di mahkamah bagi menentukan seseorang itu bersalah atau tidak.

Beliau berkata Siti Aisyah terpaksa melalui proses undang-undang melalui siasatan termasuk juga dengan siasatan forensik dan setelah itu jika terdapat bukti adanya kes, barulah wanita itu akan dihadapkan ke mahkamah untuk proses pengadilan.

Zahrain berkata, isu itu melibatkan kedaulatan negara kerana satu kes jenayah telah berlaku dan disebabkan itu polis Malaysia akan siasat kerana negara masih ingin tahu apakah sebenarnya mengenai kes itu.

“Disebabkan itu berilah kepercayaan penuh kepada polis Malaysia sebab polis juga sedang bekerjasama dengan pihak Interpol bagi menjalankan siasatan,” katanya.

Media tempatan baru-baru ini memetik pihak berkuasa Indonesia meminta agar kerajaan Malaysia memberi peluang kepada pihaknya bertemu Siti Aisyah, 25, yang ditahan.

Polis Malaysia telah menahan empat orang termasuk Siti Aisyah bagi membantu siasatan pembunuhan yang berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) minggu lepas. — Bernama

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2kZySj6

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.