Visi dan misi saya dapat sokongan Perdana Menteri – TMJ
KUALA LUMPUR: Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata visi dan misi yang ingin dibawa jika beliau terpilih menerajui Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mendapat sokongan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) itu berkata perdana menteri turut teruja dengan hala tuju bola sepak negara serta perubahan yang ingin dibawa baginda.
“Perdana menteri seolah-olah memahami agenda saya serta kelihatan teruja dengan perubahan yang ingin saya bawakan dan beliau mempunyai keinginan untuk melihat perubahan terhadap pasukan-pasukan serta liga di Malaysia.
“Saya sempat bertemu dengan beliau dan berkongsi tentang visi dan misi saya, dan secara jujurnya, beliau kelihatan menyokong visi dan misi saya itu,” katanya pada sesi perjumpaan Tunku Mahkota Johor bersama penyokong bola sepak tanah air, di sini hari ini.
Dalam pada itu, Tunku Ismail berkata perjumpaan antara baginda dan penyokong itu adalah satu sesi yang baik dan akan diteruskan melibatkan anggota gabungan yang lain sekiranya dipilih menjadi presiden FAM.
Baginda berkata perjumpaan itu secara tidak langsung dapat membuka laluan kepada penyokong bola sepak negara untuk menyuarakan pendapat serta meluahkan ketidakpuasan mereka.
“Ia sesi yang baik, saya dapat mengambil kesempatan ini untuk berkongsi tentang visi dan misi saya dengan seluruh penyokong bola sepak tanah air yang dahagakan perubahan.
“Melalui program seperti ini, mereka dapat menyuarakan apa yang dirasai selama ini. Penyokong juga mempunyai hak ke atas bola sepak di negara ini dan saya mahu semua orang terlibat dalam usaha saya memulihkan bola sepak tanah air,” kata Tunku Ismail. —Bernama
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mc2awX✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment