Hi! Welcome Back and Stay Tune! Gagal Bayar Arang RM4, Pemilik Kedai Runcit Tetak Peniaga Sate - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Gagal Bayar Arang RM4, Pemilik Kedai Runcit Tetak Peniaga Sate

KOTA BHARU: Semua dikatakan berpunca dari tindakan  tidak membayar arang berharga RM4 ringgit sekampit, seorang peniaga sate di Kampung Atas Pinggir, di Pasir Mas parah ditetak di kepala.

Ketua Polis Kelantan Datuk Ab Rahman Ismail berkata dalam kejadian 6.30 petang semalam itu, suspek berumur 28 tahun dikatakan menuduh mangsa yang berusia 20 tahun tidak menjelaskan bayaran terbabit dari kedainya sebelum tiba-tiba menyerang dan menetak mangsa.

“Mangsa berniaga sate menggunakan arang dia (peniaga) dan kita telah dapat tangkap seorang suspek 28 tahun di kampung berasal Kampung Gam Lemal, Pasir Mas.

“Suspek direman empat hari bermula hari ini, manakala mangsa yang cedera di kepala menerima rawatan pesakit luar di Klinik Kesihatan Tendong, Pasir Mas,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di sini, hari ini.

Menurutnya polis merampas sebilah golok sepanjang 50cm yang dipercayai digunakan dalam kes itu selepas menahan suspek di rumahnya di Kampung Kubang Ketam, Pasir Mas pada 11 malam tadi.

“Ujian air kencing yang dijalankan didapati suspek tidak terlibat dalam penyalahgunaan dadah,” katanya.

Menurutnya suspek disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan menggunakan senjata tajam.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mbT1V0

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.