Hi! Welcome Back and Stay Tune! Shell FuelSave Diesel Euro 5 mula ditawarkan di Sabah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Shell FuelSave Diesel Euro 5 mula ditawarkan di Sabah

Shell menjadi jenama pertama yang memperkenalkan diesel Euro 5 di Malaysia Timur, dengan pelancaran bahan api Shell FuelSave Euro 5 di Sabah. Diesel dengan kandungan sulfur rendah kini ditawarkan di lapan stesen setakat ini, dan akan dilanjutkan kepada 16 stesen nanti.

Selain kandungan sulfur rendah pada kadar 10 ppm (parts per million), berbanding 500 ppm bagi diesel Euro 2M, FuelSave Diesel Euro 5 ini turut diformulasikan dengan bahan kecekapan aktif, menjanjikan kecekapan enjin dan jarak perjalanan yang dipertingkat. Turut ada sebagai kandungan ialah elemen pembersih yang menghindarkan enapan pada bahagian penyuntik.

“Dengan pelancaran Shell FuelSave Euro 5, kami memberi pelanggan yang berada di Pantai Barat Sabah untuk mengalami sendiri bahan api ini dan segala manfaat yang ditawarkannya,” jelas pengarah urusan Shell Timur, Shairan Huzaini Husain.

Setakat Jun tahun lalu, sebanyak 85 stesen Shell mula menawarkan diesel Euro 5 ini. Shell mensasarkan akan dapat mencapai angka 100 stesen merangkumi laluan sepanjang Johor ke Pulau Pinang, serta Pantai Timur di Terengganu. Bagi mendapatkan senarai penuh stesen-stesen yang dimaksudkan, sila layari http://ift.tt/1Ugg3T3.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2kLlFiP

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.