Lawak pai – Sutton United pecat Shaw
SHAW memakan pai ketika perlawanan dan mendakwa hanya membuat lawak tetapi Suruhanjaya Perjudian dan FA menganggap ia satu perjudian. – Foto Reuters
LONDON: Wayne Shaw dipecat oleh Sutton United selepas dia dan Sun Bets kini berada dalam siasatan Suruhanjaya Perjudian dan FA kerana mempertaruhkan perlawanan.
Penjaga gol simpanan Sutton itu dan penaja kelab Sun Bets, masing-masing berada situasi ‘panas’ kerana berpotensi besar melanggar peraturan perjudian ketika pertembungan Piala FA, kelmarin.
Kertas siasatan sudah pun dibuka Suruhanjaya Perjudian dan Persatuan Bola Sepak (FA) bagi menyiasat sama ada syarikat perjudian ataupun Shaw – yang dikenali dengan gelaran ‘roly poly goalie’ – melanggar sebarang peraturan ketika tewas 0-2 kepada Arsenal, kelmarin.
Sebelum perlawanan bermula, Sun Bets – yang juga penaja kelab menawarkan pertaruhan 8-1 yang Shaw akan memakan pai di kamera ketika permainan berlangsung.
Shaw melakukan perkara itu pada minit ke-83 selepas Sutton sudah menggunakan kesemua pemain simpanan dan jelas dia tidak beraksi pada perlawanan itu.
Shaw – yang meletak jawatan selepas diminta kelab untuk berhenti – mengakui dia sedar dengan tawaran pertaruhan Sun Bets ke atasnya untuk memakan pai dan memberitahu wartawan selepas perlawanan, tindakannya itu adalah untuk membuat lawak.
Namun, dia dan Sun Bets mungkin berada dalam masalah apabila penguat kuasa Suruhanjaya Perjudian dan pengarah perisikan, Richard Watson berkata:
“Integriti dalam sukan bukanlah satu jenaka dan kami sudah membuka kertas siasatan bagi menyiasat apakah yang sebenarnya berlaku.” – Agensi
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2maxVGI✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment