Hi! Welcome Back and Stay Tune! (Video) Motosikal Terbang Sedang Dalam Ujian, Bakal Dipasarkan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

(Video) Motosikal Terbang Sedang Dalam Ujian, Bakal Dipasarkan

NEW YORK 21 Feb. – Motosikal terbang atau hoverbike kawalan manusia pertama dunia hampir menjadi kenyataan apabila kenderaan itu dirakam sedang menjalani ujian di sebuah gudang di San Francisco baru-baru ini, lapor Mail Online.

Menurut portal itu, kenderaan dengan satu tempat duduk itu telah dibangunkan oleh syarikat Hoversurf.

Hoverbike yang dinamakan sebagai Scorpion-3 itu menggabungkan rekaan sebuah motosikal biasa dengan teknologi drone quad copter yang membolehkan pemandu mengendalikannya sama seperti menunggang sebuah motosikal.

Difahamkan, kenderaan itu mampu menampung berat 120kg ketika bergerak pada kelajuan 48 km sejam dan mampu mencapai altitud 10 meter.

Kenderaan itu dilaporkan bo­leh terbang sehingga 27 minit dan mungkin dijual pada harga AS$150,000 (RM668,435).

Antara ciri menarik lain yang dipasang di hoverbike itu adalah mekanisma keselamatan yang dikera bagi membataskan kelajuan maksimum dan altitud bagi mencegah kemalangan.

Klip video yang disediakan Hoversurf merakamkan seorang penunggang memakai sut ke­selamatan menaiki hoverbike dan menghidupkan enjinnya.

Sebaik sahaja kipas hoverbike mencapai kelajuan yang diperlukan, sistem pengangkutan itu mula terbang dalam keadaan bahagian depannya sedikit condong ke bawah sebelum stabil sepenuhnya.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lnywWX

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.