Hi! Welcome Back and Stay Tune! Meitu T8 Dilancarkan – Menggunakan Kamera Duo-Pixel Dengan OIS Pada Bahagian Hadapan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Meitu T8 Dilancarkan – Menggunakan Kamera Duo-Pixel Dengan OIS Pada Bahagian Hadapan

Rasanya ramai pengguna peranti kini menyedari Megapixel yang besar tidak menjamin kualiti gambar yang tinggi. Jenis sensor, lensa, sistem penstabilan imej dan perisian yang digunakan lebih memberikan kesan kepada gambar yang diambil. Meitu, syarikat yang lebih dikenali sebagai pembangun aplikasi selfie yang diragui tahap privasinya kini melancarkan peranti pintar mereka sendiri.

Bagi memastikan kualiti selfie yang tinggi, Meitu T8 dilengkapi kamera hadapan 12-Megapixel f/1.8 OIS dengan teknologi duo-pixel yang ditemui pada kamera utama Samsung Galaxy S7 Edge. Spesifikasi lain peranti ini ialah skrin 5.2″ AMOLED HD penuh, pemproses 2.3 GHz MediaTek Helio X30, RAM sebesar 4 Gigabyte, storan 128 Gigabyte, bateri sebesar 2480 mAh dan kamera belakang sebesar 21-Megapixel. Sistem operasi MEIOS 3.5 yang berasakan Android Marshmallow digunakan.

Meitu T8 akan hanya dijual untuk pasaran China sahaja buat masa ini sebelum ditawarkan di Hongkong, Macau dan Taiwan. Harga jualan ialah RMB 3299 (~RM 2140) sebuah. Dari segi rekaan ia diperbuat sepenuhnya daripada logam dengan tubuh bersegi enam (hexagon) yang kelihatan unik. Ia mengingatkan kami kepada peranti KeeCoo K1 yang dilancarkan Julai tahun lalu khas untuk golongan wanita.

 

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2l5Q5Iy



✍ Sumber : ☕ Amanz


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.