Video Teaser Baru Huawei Memperlihatkan Kemungkinan Penawaran Warna Huawei P10
Huawei bakal memperkenalkan Huawei P10 secara rasminya pada 26 Februari 2017 ini di Barcelona. Selari dengannya, mereka telah hadir dengan beberapa video teaser, dan terkini, mereka hadir dengan sejumlah video yang memperlihatkan penggunaan dan fokus terhadap beberapa warna.
Sebanyak enam video diterbitkan dengan fokus terhadap warna-warna berbeza, iaitu merah jambu, perak, biru, hijau, hitam putih, dan juga emas.
Kehadiran video ini juga selari dengan apa yang tertiris sebelum ini yang memperlihatkan Huawei akan menawarkan ia dalam lebih banyak pilihan warna berbanding sebelum ini.
Huawei P10 juga dijangka bakal mengekalkan penggunaan dwi-kamera pada bahagian belakang, dan mungkin menggunakan pengimbas cap jari pada bahagian hadapan. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan awal minggu hadapan untuk melihat apakah yang bakal diumumkan oleh Huawei.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2kZ2ux4✍ Sumber : ☕ Amanz
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment