Hi! Welcome Back and Stay Tune! TMJ syor peminat diberi hak pilih presiden - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

TMJ syor peminat diberi hak pilih presiden

CALON Presiden FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim tiba di majlis perjumpaan bersama penyokong bola sepak negara di Hotel Grand Hyatt. – Foto Luqman Hakim Zubir

KUALA LUMPUR: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bersedia untuk meminda perlembagaan membabitkan pemilihan Presiden sebagai satu langkah pembaharuan jika beliau dipilih sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada Kongres Pemilihan ke-53, pada 25 Mac ini.

Untuk itu, calon Presiden FAM itu berhasrat untuk ‘memberikan kuasa’ kepada penyokong bola sepak bagi memilih individu yang layak dan dirasakan tepat bagi menerajui tampuk kepemimpinan badan induk bola sepak negara itu.

“Bola sepak adalah sukan rakyat jadi mereka perlu diberi kuasa untuk menentukan individu yang terbaik bagi memegang jawatan selaku Presiden FAM dan tidak lagi berdasarkan pencalonan daripada ahli gabungan.

“Tetapi ahli gabungan tidak perlu risau kerana mereka masih ada kuasa untuk mencalonkan serta menentukan Timbalan Presiden, Naib Presiden dan EXCO.

“Pindaan akan dilaksanakan selepas selesai urusan pemulihan struktur organisasi itu menerusi beberapa agenda yang akan dilaksanakan,” katanya ketika ditemui pada sesi pertemuan bersama penyokong bola sepak di ibu kota, hari ini.

Dalam masa sama, pemilik pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) itu turut berkongsi beberapa agenda yang menjadi keutamaannya sebagai Presiden FAM sebagai usaha memulihkan semula struktur organisasi yang sebelum ini dibelenggu masalah dalam pengurusan terutamanya membabitkan kewangan dan kekurangan rasa profesionalisme.

Antaranya, beliau mengumumkan Mesyuarat EXCO tidak lagi akan berlangsung di Wisma FAM dan akan diadakan setiap tiga bulan di setiap negeri yang akan lebih memfokuskan terhadap pembangunan fasiliti di setiap kawasan ahli gabungan.

“Saya juga akan memberi tugas yang spesifik kepada setiap EXCO dan bakal menubuhkan organisasi yang khas membabitkan pengurusan pasukan kebangsaan yang mana setiap perkembangan akan dilaporkan secara terus kepada saya.

“Saya akan meletakkan orang saya dalam Jawatankuasa Tatatertib, Integriti dan Perbendaharaan jadi satu sen pun tidak akan keluar tanpa tandatangan saya serta 40 peratus yang diterima FAM hasil hak penyiaran akan disalurkan kepada setiap pasukan yang bertanding untuk melaksanakan program pembangunan akar umbi.

Selain itu, Tunku Ismail juga akan memastikan konsistensi dalam setiap keputusan yang diambil dan hukuman yang dikenakan atas kesalahan yang dilakukan.

“Kita melihat dua situasi membabitkan dua kesalahan yang sama namun hukuman yang berbeza dikenakan jadi jika saya menjadi Presiden, saya akan pastikan perkara seperti ini tidak akan berlaku.

“Saya juga merancang untuk mengambil kepakaran daripada luar negara bagi membantu setiap pasukan ahli gabungan bagi memastikan setiap aspek mencapai kejayaan yang disasarkan,” katanya.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mc2agr

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.