Hi! Welcome Back and Stay Tune! MSI Mengumumkan Kad Grafik RX 460 Berprofil Rendah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

MSI Mengumumkan Kad Grafik RX 460 Berprofil Rendah

Baru-baru ini, MSI baru sahaja mengumumkan siri kad grafik Aero ITX yang berdasarkan siri kad grafik NVIDIA Pascal untuk mereka yang ingin membina PC bersaiz kompak. Selain daripadanya, kini, MSI juga nampaknya akan melancarkan kad grafik berprofil rendah menggunakan kad grafik AMD Polaris, AMD RX 460 bagi mereka yang lebih gemar menggunakan produk AMD.

Yang menariknya, kad grafik ini tidak perlu menggunakan adapter kuasa PCIe. Jadi ianya bagus untuk mereka yang ingin membina PC berkuasa rendah seperti HTPC (Home Theater PC).

Kad-kad grafik MSI Radeon RX 460 ini akan hadir dalam dua variasi, iaitu versi memori 4GB dan 2GB GDDR5. Dalam pada itu, ia juga hanya akan menggunakan TDP sebanyak 75W. MSI juga dijangka akan menggunakan sistem dwi-kipas untuk menyejukkan kad-kad ini.

Dari segi input/output pula, kad grafik MSI Radeon RX460 ini mempunyai satu port DVI-D dan satu port HDMI 2.0 dengan sokongan HDCP 2.2. Kad grafik ini juga hanya akan mengambil satu slot pengembangan di belakang PC anda. Harga kad grafik ini masih belum diketahui lagi. Akan tetapi, jika anda ingin membina komputer kecil untuk kegunaan ruang tamu yang tidak begitu mahal, ia pastinya bakal menjadi salah satu pilihan yang terbaik untuk anda.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lmkC7z



✍ Sumber : ☕ Amanz


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.