Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lisa Kini Terbuka… Setuju Anak Jadi Duta Produk - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lisa Kini Terbuka… Setuju Anak Jadi Duta Produk

Spread the love

JIKA dahulu, pasangan selebriti popular, Yusry KRU dan Lisa Surihani memilih untuk tidak terlalu mendedahkan anak di khayalak umum, namum kini mereka nampaknya sudah bersikap lebih terbuka.

Pasangan tersebut bersetuju anaknya, Yahaira Leanne dilantik menjadi duta produk untuk koleksi terbaru pereka fesyen Jovian Mandagie.

Menurut Lisa, 31, dia bersetuju tawaran yang membabitkan anaknya itu memandangkan masih ada batas waktu dalam bekerja.

Pada masa yang sama, Lisa bersyukur kerana Yahaira yang kini berusia setahun lima bulan dapat berkerjasama dengan baik.

“Ketika mendapat tawaran itu, saya berfikir panjang juga sebelum memberi kata putus. Ini kerana ia membabitkan anak.

“Alhamdulillah Yahaira memberikan kerjasama baik sepanjang sesi fotografi dijalankan. Saya pun terkejut dia boleh beraksi dengan baik di depan kamera,” € katanya kepada Harian Metro.

Sementara itu, Lisa memberitahu, dia dan Yusry akan berbincang sekiranya ada tawaran lain membabitkan anaknya lagi.

“€Kami tak mahu main ambil saja tanpa usul periksa. Bagaimanapun, kami akan menolak tawaran itu sekiranya membabitkan dia seorang saja,” katanya.

Jelas Lisa, keizinan membabitkan Yahaira dalam bidang komersial juga bukan bermaksud dia mahu anaknya terlibat dalam industri hiburan kelak.

Dalam perkembangan lain, Lisa kini sedang hamil anak kedua.

[embedded content]

Loading…

Spread the love

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2llGj7W

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.