Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kes Cabul Maahad Tahfiz, Polis Masih Lengkapkan Siasatan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kes Cabul Maahad Tahfiz, Polis Masih Lengkapkan Siasatan

SERI ISKANDAR: Polis Perak sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung dakwaan pencabulan seksual dan seks luar tabii membabitkan pelajar Maahad Tahfiz Darul Barakah di Manjoi, Ipoh milik pendakwah terkenal Datuk Mohd Kazim Elias.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Datuk Gan Tian Kee berkata pihaknya telah diarahkan berbuat demikian oleh Jabatan Peguam Negara untuk melakukan siasatan secara menyeluruh merangkumi pelbagai aspek berhubung kes itu yang didakwa berlaku pada Ogos tahun lepas.

Katanya, pihak polis  juga telah memanggil beberapa saksi untuk memberi keterangan berhubung beberapa perkara berhubung kes tersebut.

BACA: Fitnah tahfiz Darul Barakah: Wanita belum mohon maaf, berdepan saman RM8 juta

BACA: Dakwaan cabul di maahad tahfiz: Tunggu siasatan polis, kata Mahdzir

BACA: Kazim Elias buat laporan polis terhadap Syed Azmi dan Wardina

“Kertas siasatan sudah hampir siap sepenuhnya dan polis akan menyerahkannya tidak lama lagi kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan  Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Perak Tengah di Ibu Pejabat Polis Daerah Perak Tengah di sini pada pagi Rabu.

Pada 28 Dis lepas, Jabatan Peguam Negara mengarahkan polis Perak menyiasat semula kes pencabulan seksual dan seks luar tabii yan didakwa berlaku di sekolah tahfiz berkenaan.

Jabatan Peguam Negara dalam satu kenyataan berkata pihaknya telah memberi arahan menerusi Unit Pendakwaan Negeri Perak dan jabatan itu sedang menunggu hasil siasatan lanjut sebelum memutuskan untuk melakukan sebarang pendakwaan.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lF3HO4

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.