Hi! Welcome Back and Stay Tune! Himpunan RUU355, hujan lebat dan ini cerita saya… - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Himpunan RUU355, hujan lebat dan ini cerita saya…

 

H355..HUJAN LEBAT..DAN INI CERITA SAYA…

Salah satu pengalaman best saya masa himpunan RUU semalam..Terharu betul..

Semasa azan maghrib berkumandang, kami sekeluarga duduk belakang pentas. Abah kata kita kena join juga solat jemaah besar ni.. Selepas ni ada solat hajat. Yang lelaki semua kena join. Waktu tu langit dah mendung sangat. Saya berkata dalam hati, perlu juga seorang lelaki jaga orang-orang perempuan dan budak-budak yang ada ni.. Takut hujan nanti. Solat boleh gilir-gilir… Dahlah nak masuk saff yang ratus ribu orang ni satu jihad juga.. Hehehe..

Ahh!..Tawakkallah!!, rugi tak join jemaah besar ni. Kami semua bergerak mencelah masuk dalam kepadatan manusia. Cuba mencari peluang untuk masuk saff. Alhamdulillah, dapat rezeki masuk hujung saff bawah kanopi pentas utama. Saya lupa sejadah. Di belakang saya ada seorang abang berjubah dan berserban. Nampak macam ada masalah penglihatan sebab ada orang yang pimpin dia naik atas kanvas alas solat. Tepi saya ada sorang abang Unit Amal. Solat atas tanah pun atas tanah lah…Bukan kotor pun.

Tiba-tiba abang yang kurang penglihatan tu hulurkan serbannya pada saya.. Untuk buat sejadah. Besar serbannya. Boleh buat alas sujud untuk 3 orang. Subhanallah, bagaimana dia nampak?. Nak jalan pun orang lain pimpin. Mungkin ada orang yang bagitau dia kot. Ukhuwah Islam..Hebatnya!!.

Imam maghrib mufti Wilayah SS Dato Dr Zulkifli AlBakri. Bacaannya tenang mendayu. Seronoknya Subhanallah!. Masuk rakaat kedua rintikan hujan semakin kuat. Saya perasan Dato Mufti memendekkan bacaan solat dan bacaan lain. Orang alim, faqih betul!,tau apa nak dibuat. Kata hati saya.

Masuk rakaat ketiga, hujan mula turun dengan lebat. Dalam hati saya mula terfikir. Apa khabar keluarga dan anak2 kecil kat belakang. Allah jaga,..InsyaAllah..

Habis solat terus saya bergerak meredah hujan ke belakang pentas. Nak tengok apa jadi pada keluarga. Semuanya berteduh bawah pelapik plastik Upin Ipin yang kami beli tepi padang pagi tadi. Umi, Isteri dan kakak ipar saya dah serkup plastik sampah atas kepala sambil pegang pelapik plastik atas kepala. Nak pegang anak-anak lagi. Pelapik pulak bukan besar sangat. Besar sedepa setengah je. Budak-budak nampak air hujan sibuk nak keluar. Haru betul…

Saya mula memegang pelapik tu dari luar. Biar umi dan isteri kat bawah tu dapat lepaskan tangan diorang. Taklah lenguh sangat. Waktu tu Abah dah sampai tolong pegang sekali. Mudahlah Umi dan mak-mak kat bawah tu nak kawal anak-anak. Berdiri dalam hujan lebat sambil pegang pelapik dengan Abah. Jarang-jarang dapat main hujan macam ni..

Paling best tengok peserta himpunan semua tak berganjak. Yang ada payung, masing2 buka payung duduk bawah tu dua tiga orang berhimpit-himpit. Yang serkup plastik atas kepala pun ramai. Yang angkat pelapik dan tikar buat payung pun ada. Paling ramai abang-abang dan kakak-kakak sado yang berdiri macam tak ada apa-apa tengah hujan lebat. Layan ceramah dan tazkirah pemidato yang sedang beraksi di pentas. Yang ratus ribu depan pentas utama lagilah!. Tak berganjak langsung. Subhanallah!.

Di tepi kami ada seorang pakcik tengah solat. Ada dua orang makmum. Tengah hujan. Pemandangan paling syok bila ada satu group anak-anak muda dalam 30 meter dari kami angkat kanvas besar junjung tinggi-tinggi buat khemah bertiangkan tangan. Dari jauh diorang jalan perlahan-perlahan sehingga memayungi pakcik tadi yang tengah solat. Alhamdulillah!. Allah hantar anak-anak muda ini untuk pakcik tadi. Indahnya ukhuwah islamiah.

Tengah saya dan Abah layan ceramah dalam hujan lebat. Tiba-tiba diorang bergerak. Jalan-jalan!!..Jerit diorang dari jauh. Menghala ke arah kami. Dalam hati saya apahal pulak diorang ni?!. Rupanya pakcik tadi dah habis solat. Pakcik-pakcik itu bergerak keluar sambil serkup plastik atas kepala. Ke mana saya pun tak tahu. Khemah bergerak itu terus bergerak ke arah kami.. Makin dekat..makin dekat terus memayungi kami. Subhanallah…terharu pulak.. Baguslaa diorang ni. Umi, isteri dan anak-anak kat bawah tu terkejut tiba-tiba sahaja hujan berhenti atas kepala mereka. Hehehe..

Saya mula berperanan mengangkat tangan menjadi tiang seri khemah tu. Beberapa orang muslimat lagi dipanggil duduk di bawah khemah kami.. Kami berdiri mengangkat tangan hampir 40 minit sebelum hujan berhenti..Lenguh tapi seronok.

Inilah dia ukhuwah islamiah. Dalam perhimpunan orang-orang yang mencintai syariat Allah. Allah kumpulkan kami di sini walau saling tak mengenali tetapi saling sayang menyayangi antara satu dengan lain..

Kisah ini mungkin kecil dan biasa..Tetapi inilah gambarannya mereka yang berkumpul dan berpisah kerana Allah..

Korang pun mesti ada kisah korang masing-masing semalam kan?
#H355
#SyariatDiperkasaRakyatSejahtera
#SyariatIslamItuIndah

 

Kredit :
– Imam Muda Fakhrul

The post Himpunan RUU355, hujan lebat dan ini cerita saya… appeared first on MyNewsViral.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2luQohe

✍ Sumber : ☕ MyNewsViral


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.