Tiada kerjasama langsung dari pihak kedutaan Korea Utara – KPN
KUALA LUMPUR: Tiada kerjasama langsung dari pihak kedutaan Korea Utara dalam siasatan kes pembunuhan Kim Jong Nam, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Khalid juga memaklumkan pihaknya kini sedang mengesan tiga lagi individu yang disyaki terlibat dalam pembunuhan pemimpin Korea Utara itu.
Beliau berkata polis telah memanggil ketiga-tiga suspek tersebut yang dipercayai masih lagi berada di Malaysia menerusi Kedutaan Korea Utara.
Salah seorang suspek, Hyon Kwang Song merupakan Setiausaha Kedua Kedutaan Korea Utara di Malaysia.
“Kim Uk Il pula adalah kakitangan Air Koreo, penerbangan Korea Utara manakala Ri Ji U atau James pula tidak akan saya nyatakan.
“Saya tidak akan nyatakan tugas atau peranan mereka dalam pembunuhan ini kerana ia merupakan subjek siasatan ketika ini.
“Kita percaya mereka masih lagi berada di Malaysia. Kita akan panggil mereka untuk memberikan kenyataan menerusi Kedutaan Korea Utara,” katanya pada sidang media di sini.
Ditanya adakah mereka berlindung di Kedutaan Korea Utara, Khalid enggan mengulas perkara tersebut.
BERITA LANJUT MENYUSUL.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mahdaa✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment