Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tidak bekerja satu pasukan punca kekalahan TRW – Zahasmi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tidak bekerja satu pasukan punca kekalahan TRW – Zahasmi

Zahasmi Ismail. – Foto Syamsi Suhaimi

KOTA BHARU: Pengendali Kelantan , Zahasmi Ismail yang tersentak dengan keputusan pasukannya tewas kepada Melaka United (MU) malam tadi meluahkan rasa kekecewaan dengan aksi 90 minit yang dipersembahkan pasukan selain menganggap tidak bekerja satu pasukan menjadi punca kekalahan pada perlawanan malam tadi.

Pasukan Kelantan sekali lagi menerima tamparan hebat apabila kalah kali kedua berturut-turut di laman sendiri selepas tewas kepada pendatang baharu Liga Super 2017, MU pada aksi malam tadi.

“Walaupun kerap mencipta beberapa peluang di luar kotak penalti malam ini (malam tadi), kita masih gagal mendapatkan jaringan dan saya amat kecewa dengan persembahan keseluruhan kerana banyak mensiakan peluang.

“Saya tidak berpuas hati dengan keputusan itu namun secara hakikatnya ini bola sepak dan setiap kelemahan atau kesilapan dilakukan pasukan akan terus dihukum oleh pihak lawan.

“Malam ini (malam tadi) kita sudah menurunkan kesebelasan yang baik namun mungkin keserasian antara mereka masih belum pada peringkat memuaskan dan ia mungkin salah satu penyebab kepada kekalahan ini,” katanya pada sidang media selepas perlawanan malam tadi.

Dalam pada itu, Zahasmi juga mengenal pasti kekalahan itu hadir berpunca terdapat kelemahan pada beberapa posisi pemain sehingga menjejaskan corak permainan, selain faktor kepenatan turut menjadi kelemahan.

“Pada masa sama, kita mengambil masa singkat untuk melakukan persiapan awal musim ini, sehingga memberi kesukaran untuk membentuk satu pasukan yang sempurna musim ini.

“Kita hanya melakukan persiapan awal musim secara ala kadar, sebenarnya persiapan awal musim adalah penting bagi memberi kekuatan selain mengenal pasti beberapa kelemahan sebelum musim baru bermula,” katanya.

Zahasmi berkata, satu ‘post-mortem’ akan dilakukan selepas ini bagi mengenal pasti punca kelemahan dan memperbaiki kekurangan pasukan secara keseluruhan.

Bagaimanapun katanya, mereka masih ada perlawanan seterusnya untuk membuktikan kemampuan pasukan dan akan memastikan tidak kalah pada keputusan akhir.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2llGfEW

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.