Anak 7 tahun tergamam lihat emak lahirkan anak di tepi lif pejabat malam tadi
SHAH ALAM, 22 Feb ― Seorang wanita bergelut dengan nyawa sewaktu terpaksa melahirkan anak ketiga sendirian di tepi lif pejabatnya jam 12.30 tengah malam tadi. Nurul Munirah Hussin, 32, bagaimanapun berjaya melahirkan bayi lelaki seberat 2.7 kilogram hanya bertemankan anak sulung, 7 tahun, yang tergamam melihat kelahiran itu.
Suaminya bersama seorang lagi anak lelaki, 4 tahun, waktu itu sedang mendapatkan bantuan pengawal keselamatan dan ambulans, lapor Sinar Harian.
“Bimbang bayi saya lemas, saya nekad untuk meneran sekuat tenaga sementara air ketuban pecah semasa proses kelahiran yang singkat itu,” katanya.
“Anak perempuan yang menemani saya pula tergamam dan hanya berdiri tegak memerhatikan saya meneran. Mungkin dia takut melihat keadaan saya.”
Mula berasa sakit hendak bersalin mulai 10 malam, Nurul Munirah mengajak suami ke pejabat pada 12 tengah malam untuk mengambil buku rekod kehamilan sebelum ke hospital.
Ambulans tiba di pejabat tersebut, yang tidak dinyatakan lokasinya, 15 minit kemudian dan membawa Munirah bersama bayinya ke hospital Putrajaya.
Sumber :
– http://ift.tt/2lERbhz
The post Anak 7 tahun tergamam lihat emak lahirkan anak di tepi lif pejabat malam tadi appeared first on MyNewsViral.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2l7SBy2✍ Sumber : ☕ MyNewsViral
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment