Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mohd Sidek Pengerusi Pasukan Petugas Khas siasat kerugian urus niaga mata wang asing BNM - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mohd Sidek Pengerusi Pasukan Petugas Khas siasat kerugian urus niaga mata wang asing BNM

KUALA LUMPUR: Kabinet hari ini melantik bekas Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Sidek Hassan sebagai Pengerusi Pasukan Petugas Khas untuk menjalankan siasatan awal berkenaan kerugian urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sekitar 1990-an.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini, berkata terma rujukan Pasukan Petugas Khas itu adalah untuk menjalankan siasatan awal berkaitan kerugian BNM dalam aktiviti spekulasi bagi urus niaga mata wang asing.

Selain itu, ia juga bagi menyiasat sejauh mana terdapat tindakan menyembunyikan (cover up) maklumat kerugian tersebut dan mengkaji kalau ada perbuatan memberi kenyataan mengelirukan mengenainya pada mesyuarat Parlimen.

BACA: Kabinet setuju tubuh pasukan bertindak siasat kerugian urus niaga mata wang asing BNM

Pasukan tersebut akan mengemukakan syor-syor kepada kerajaan mengenai tindakan susulan termasuk penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja, jika perlu, berdasarkan hasil siasatan itu nanti.

“Penetapan terma rujukan yang spesifik adalah penting sebagai langkah permulaan bagi mendapatkan fakta-fakta berkaitan termasuk menganalisis semua Penyata Rasmi Mesyuarat Parlimen pada masa itu, minit-minit Mesyuarat Jemaah Menteri terdahulu, Laporan Ketua Audit Negara, dokumen-dokumen BNM dan sebagainya,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, siasatan berkenaan akan dijalankan secara telus, bebas dan adil sejajar.

Ahli Pasukan Petugas Khas yang lain akan diumumkan dalam masa terdekat yang terdiri dalam kalangan yang berpengalaman, memiliki kepakaran tertentu untuk membantu melaksanakan tugas-tugas penemuan dan penzahiran dokumen-dokumen bagi mendapatkan fakta-fakta sebenar berkaitan urus niaga mata wang asing BNM ketika itu.

Mohd Sidek berkhidmat dengan perkhidmatan awam selama 38 tahun termasuk enam tahun sebagai KSN.

Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Ekonomi) dalam Pentadbiran Awam daripada Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan daripada New Hampshire College, Amerika Syarikat.

— BERNAMA

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2kYRaBc

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.