Samsung Dilaporkan Memperuntukkan Dana $1 Bilion Untuk Arena Kecerdasan Buatan
Samsung sebelum ini telah sedia mengambil-alih pembantu pintar dengan sokongan kecerdasan buatan dinamakan Viv. Kini, dengan desas-desus mengatakan sokongan kecerdasan buatan mungkin hadir dalam Galaxy S8, laporan baru hadir hari ini mengatakan Samsung mempertimbangkan untuk memperuntukkan sehingga $1 bilion untuk mengambil-alih syarikat dalam arena kecerdasan buatan.
Selain Samsung, pelbagai syarikat gergasi lain yang turut memfokuskan kepada arena sama, termasuk antaranya Apple, Google dan Microsoft. Ia dilihat akan memberikan kelebihan kepada produk keluaran mereka, dan pada masa yang sama memudahkan lagi urusan manusia dari hari ke hari.
Dengan teknologi kepintaran buatan yang kukuh juga, ia bakal memudahkan Samsung untuk hadir dengan robot dan sebagainya pada masa akan datang – apatah lagi dengan kelebihan Samsung dalam pengeluaran peralatan elektronik.
Menurut TheInvestor, Samsung tidak ingin ketinggalan dalam arena kecerdasan buatan, apatah lagi dengan kerugian mereka sebelum ini yang tidak mendapatkan Android sebelum ia diambil-alih oleh Google.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lKUuEw✍ Sumber : ☕ Amanz
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment