Hi! Welcome Back and Stay Tune! Beoungket Angkor akur kehebatan JDT - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Beoungket Angkor akur kehebatan JDT

KETUA Jurulatih JDT Benjamin Mora (dua dari kiri) bersalaman dengan Ketua Jurulatih Beoungket Angkor FC Anthony John McGlynn (tiga dari kiri) selepas sidang media Piala AFC 2017 hari ini. – Foto BERNAMA

JOHOR BAHRU: Pengendali Beoungket Angkor FC, John McGylnn tetap memuji barisan pemainnya biarpun tewas 0-3 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi Kumpulan F Piala AFC di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam tadi.

Bagi McGylnn tiada apa yang harus dikesali selepas pemainnya memberi yang terbaik sepanjang 90 minit dan hampir melakar kejutan ke atas juara Piala AFC 2015 itu tatkala dua percubaan berbahaya hampir diterjemah dengan jaringan.

“Pemain sudah beri yang terbaik dan cuba mengasak ke kubu JDT, namun benteng tuan rumah tampak begitu ampuh sehingga sukar ditembusi. Malah saya juga cuba mengubah taktikal tapi masih belum mampu merobek gawang mereka.

“Dua gol awal yang dijaringkan JDT nyata mengejutkan dan ia menyebabkan pemain saya seolah-olah hilang fokus memikirkan bagaimana untuk bangkit. Walaupun kami cuba beri tentangan, JDT sukar ditewaskan.

“Agak mengecewakan kami tewas pada aksi pertama. Tatkala ada peluang untuk menjaringkan gol, barisan serangan pula tampak tumpul dan gagal melakukan penyudah tepat,” katanya.

McGylnn juga menegaskan jika percubaan Hikaru Mizuno pada babak pertama menerjah jaring, kemungkinan rentak permainan akan berbeza dan lebih rancak. Malah JDT juga tampak bekerja keras untuk mengekang larian pantas Tomoki Muramatsu yang sering memberi tekanan terhadap benteng tuan rumah.

Beliau yang tidak mahu menyalahkan pemainnya menganggap JDT berada dalam kelas tersendiri sehingga menguasai hampir keseluruhan permainan dan memaksa anak buahnya bekerja keras bagi mengelak gawang dibolosi.

“Kami belajar daripada pasukan terbaik Asia Tenggara dan ia beri pengalaman baharu buat pemain, malah kami akan memantapkan persiapan untuk aksi seterusnya bagi memburu kemenangan pertama,” kata McGylnn.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lKNTd7

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.