Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bantahan Pemandu Teksi Uber, Pengangkutan Awam Di Kenya Lumpuh - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bantahan Pemandu Teksi Uber, Pengangkutan Awam Di Kenya Lumpuh

Spread the love

MOMBASA – Lebih 300 pemandu teksi uber di Kenya, Mombasa mengadakan bantahan susulan pengurangan pendapatan dan menuntut pihak pentadbiran mengkaji semula kadar tambang.

Tindakan pemandu teksi terbabit sekaligus menyebabkan operasi pengangkutan awam di negara itu lumpuh.

Pemandu berhimpun di kawasan rekreasi Mama Ngina dan mengugut untuk berhenti jika pihak pengurusan tidak melayani tuntutan mereka.

Pengerusi Kumpulan Rakan Perkongsian Uber Mombasa Evanson Mbugua dan rakan sejawatannya dari Persatuan Pemandu Uber James Maganga berkata dengan pendapatan diperolehi sekarang sukar pemandu menampung kos penyelenggaraan kenderaan dan membayar pinjaman bank.

Mbuga berkata pada permulaan menyertai Uber pada Febuari tahun lepas pemandu boleh memperolehi pendapatan US$29 sehari tetapi sekarang bagi mendapatkan US$9.64 sehari adalah amat sukar.

“Kami telah mengemukakan rungutan kepada pihak pengurusan di Nairobi. Kami berkumpul hari ini untuk memberitahu kepada pengurusan jika rungutan tidak dilayan kami akan berhenti,” katanya Mbugua.

Menurut Maganga semua pemandu Uber membayar harga minyak yang sama dan perlu menyelenggara kenderaan.

Pemandu Uber mendakwa teksi Tuk-Tuk boleh mengenakan bayaran lebih tinggi berbanding teksi Uber yang dilengkapi penghawa dingin.

Syarat khas menjadi pemandu Uber ialah kenderaan perlu dilengkapi dengan penghawa dingin bagi keselesaan penumpang. – BERNAMA

[embedded content]

Loading…

Spread the love

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2kL36vb

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.