Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dzeko, Totti bantu Roma atasi Torino - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dzeko, Totti bantu Roma atasi Torino

PENYERANG AS Roma, Francesco Totti merembat ke arah gawang Torino pada perlawanan Serie A, awal pagi tadi. – Foto AFP

MILAN: Edin Dzeko meledak jaringan ke-19 peribadinya dalam Serie A, manakala Francesco Totti dimasukkan sebagai pemain gantian bagi membantu Roma meneruskan harapan ‘scudetto’ mereka dengan kemenangan 4-1 ke atas Torino, awal pagi tadi.

Kemenangan ke-18 Roma dalam kempen ini menyaksikan anak buah Luciano Spalletti mengatasi Napoli – yang menang 3-1 ke atas Chievo – dan kini kembali berada di tangga kedua carta dengan hanya ketinggalan tujuh mata di belakang pendahulu, Juventus.

Napoli kini sembilan mata di belakang Juventus dan enam di depan Inter Milan serta Atalanta, manakala Lazio dan AC Milan terus menghidupkan harapan ke saingan Eropah dengan masing-masing meraih kemenangan ke atas Empoli dan Fiorentina.

“Kami sangat hebat malam ini. Selepas kemenangan di Villarreal, kami bergelut dalam persiapan menghadapi perlawanan ini namun kami berjaya mempamerkan kualiti sebenar kami, ” kata Spalletti.

Dengan 19 gol dalam 25 perlawanan, Dzeko kini berkongsi kedudukan teratas penjaring terbanyak bersama Gonzalo Higuain selepas penyerang Argentina itu meledak jaringan ketika Juventus mengatasi Palermo 4-1, Jumaat lalu.

Sementara itu, Totti diberi tepukan gemuruh apabila dia menggantikan Kevin Strootman pada minit ke-82.

Pemain berusia 40 tahun itu berjaya mengawal bola tinggi bagi membantu Radja Nainggolan meledak jaringan.

“Kami memerlukan lebih banyak ketua seperti Totti dalam skuad ini,” kata Spalletti dan rakan sejawatnya yang mengendali Torino turut mengakuinya.

Pengendali Torino, Sinisa Mihajlovic berkata: “Kami tidak berpeluang untuk melakukan kejutan di sini kerana Roma adalah pasukan yang lebih dan tidak pernah kalah di laman sendiri setiap musim.

Kualiti pemain mereka menjadikan perbezaan ketara dan (Joe) Hart (penjaga gol Torino), yang gagal menyelamatkan sebarang percubaan, dibolosi empat kali.”

AFP

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lYEbUT

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.