Kemenangan Ini Bukti Tindak Balas Pemain – Vardy
Jamie Vardy
LEICESTER: Penyerang Leicester City, Jamie Vardy menyifatkan kemenangan 3-1 ke atas Liverpool dalam saingan Liga Perdana Inggeris awal pagi tadi, adalah tindak balas terhadap laporan negatif pihak media susulan pemecatan pengurus, Claudio Ranieri.
Ranieri dipecat Khamis lalu, kurang 10 bulan selepas Leicester menamatkan kisah dongeng mereka dengan menjuarai trofi liga musim lalu, selepas mengalami lima kekalahan berturut-turut sehingga menyaksikan kelab itu berada di zon penyingkiran.
Ranieri dikatakan hilang kepercayaan barisan pemain Leicester tetapi Vardy yang meledak dua gol berkata kritikan itu tidak adil buat mereka.
“Kami menerima kritikan yang tidak adil daripada pihak media tetapi kamu sendiri boleh lihat pemain mahu memberikan reaksi terhadap perkara itu.
“Prestasi pemain membuktikan segala-galanya dan kami mahu melakukannya secara konsisten. Saya tidak boleh menuding jari mengatakan mengapa kami tidak boleh lakukannya selalu.
“Kami sudah bekerja keras cuma ia tidak menjadi,” kata Vardy sejurus tamat perlawanan.
Dalam perlawanan pertama sejak Ranieri dipecat Khamis lalu, Vardy meledak dua kali untuk penyandang juara liga itu.
Danny Drinkwater turut menjaringkan gol menerusi rembatan jarak jauh. Kemenangan itu membantu Leicester melonjak keluar dari zon penyingkiran ke tangga ke-15, dua mata di atas garisan selamat dengan berbaki 12 perlawanan.
“Kamu boleh katakannya sebagai reaksi kami. Kami bekerja sebagai satu pasukan,” kata Drinkwater.
Penyokong Leicester memegang sepanduk dan memakai topeng wajah Ranieri sepanjang perlawanan dan menyalakan telefon pintar mereka, disusuli tepukan gemuruh sebagai tanda penghormatan terhadap pengendali berusia 65 tahun itu pada minit ke-65. – AFP
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lO4Nqw✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment