“Mak… kenapa mak tak buka lampu”
Perkongsian oleh Puan Natipah Abu mengenai kisah adik Muhammad Fariz Zharfan bin Roslan, 8 tahun yang berasal dari Kg. Wang Perah, Kubang Pasu, Jitra Kedah. Baca lagi:
16 .11. 2015… Dunianya kelam tiba-tiba sebelum akhirnya bibirnya juga tidak mampu lagi berkata-kata.
“Mak…kenapa mak tak buka lampu”
Berderau darah si ibu. Hancur luluh hatinya.
Dalam linangan air mata… dia mendakap tubuh anak tersayang. Dia tak pernah lupa detik bening subuh itu, saat mengejutkan anaknya dari tidur.
“Mak ..kenapa Allah ambil balik mata Abg Chik?”
Soalan itu acapkali ditanya Abg Chik. Hati ibu mana yg tidak pilu bila anak yg dulu sihat…berlarian ke sana ke sini…gelak tawanya menghiburkan keluarga… kini menjadi buta tiba-tiba.
“Mak… A bukan macam ni ! Abg Chik tau huruf A”
Memasuki tahun 1 sbg pelajar buta….bukannya mudah buat Abg Chik. 5 bulan setelah itu …akhirnya dia semakin lemah dan tidak mampu berjalan lagi. Betapalah berat ujian insan terpilih ini… dalam sekelip mata….dari anak yg sihat, dia tiba- tiba terlantar tanpa mampu bercakap dan bergerak lagi.
Hasil ujian MRI , doktor mengesahkan lemak yg terkumpul di dalam saraf otaknya menyebabkan mata dan anggota tubuh tidak dapat menghantar isyarat ke otaknya lagi.
Semoga ada yg sudi berkongsi rezeki dgn anak si tukang rumah ini demi menyiapkan sebuah bilik khas untuknya yang selalu menangis mendengar adik dan abang bermain…
Video menyayat hati adik Fariz:
Bagi sesiapa yang ingin memberikan sumbangan:
Roslan bin Adnan 152219080908 Maybank
Nurbaizura binti Zakaria 152023536365 Maybank (013-4029609)
Atau pemegang amanah
Natipah Abu 552107617521 Maybank
The post “Mak… kenapa mak tak buka lampu” appeared first on The Alternatif.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lihEOf✍ Sumber : ☕ The Alternatif
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment