Piala FA: Hatrik Kane bantu Spurs singkir Fulham
PENYERANG Tottenham Hotspur, Harry Kane (gambar kecil) menjaringkan gol pertama pasukannya pada perlawanan Piala FA menentang Fulham di Craven Cottage, Fulham, sebentar tadi. Kane ledak hatrik bantu Spurs menang 3-0. – Foto AP/Reuters
LONDON: Jaringan hatrik Harry Kane membantu Tottenham Hotspur membenam pasukan Liga Kejuaraan, Fulham, 3-0 pada aksi pusingan kelima Piala FA di Craven Cottage, dekat sini, sebentar tadi.
Penyerang England itu meledak pada awal permainan dan dua lagi selepas rehat babak pertama untuk menambah jumlah jaringannya pada musim ini kepada 19 gol ketika juara lapan kali Piala FA itu mara ke suku akhir.
Menggunakan pasukan terkuat dengan pertahanan Jan Vertonghen kembali daripada kecederaan, mereka pantas menyerang dan Kane membuka jaringan pada minit ke-16 apabila melakukan voli hasil hantaran rendah Christian Eriksen.
Dia menggandakan kelebihan Tottenham pada minit ke-51, sekali lagi menerusi bantuan Eriksen dan menamatkan harapan Fulham pada minit ke-73 apabila meledak melepasi penjaga gol Fulham, Marcus Bettinelli. – REUTERS
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2kWF7VL✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment