Semakan Keputusan Permohonan SBP 2017 Tingkatan 1 dan 4
Semakan tawaran penempatan ke SBP Tingkatan Empat Ambilan 2/2017.
Keputusan permohonan kemasukan ke SBP boleh disemak secara online menerusi Laman Semakan dan Cetakan Tawaran ke Sekolah Berasrama Penuh, di portal Kementerian Pendidikan Malaysia.
Semakan Tawaran SBP 2017 Tingkatan 4 Ambilan 2 Online
Semakan tawaran penempatan ke Tingkatan 4 SBP Ambilan 2/2017 boleh dibuat secara online menerusi pautan berikut:
Semakan boleh dilakukan bermula 28 Februari sehingga 13 Mac 2017.
Masukkan nombor MyKad serta angka giliran PT3 2016 untuk mula menyemak.
Cara Lain Semakan Keputusan Tawaran ke SBP
Selain dari semakan secara online, pemohon juga boleh menyemak menggunakan kaedah-kaedah berikut:
- Hadir di kaunter BPSBPSK KPM, Cyberjaya
- Menelefon talian hotline BPSBPSK: 03-83217400
- Hadir di kaunter JPN/PPD yang berhampiran
- Makluman melalui SMS (calon berjaya)
Penerimaan Tawaran ke SBP
Sila semak dengan teliti maklumat yang dipaparkan. Sekiranya berjaya dan bersetuju untuk menerima tawaran, pemohon hendaklah mencetak surat tawaran dan lampiran yang disertakan. Kesemua lampiran perlu diisi dengan lengkap dan diserahkan kepada pihak sekolah semasa hari pendaftaran.
Rayuan Kemasukan ke SBP
Untuk pemohon yang tidak berjaya, rayuan kemasukan boleh dikemukakan secara online mulai pada tarikh yang sama keputusan permohonan diumumkan.
Sila klik pautan “E-Rayuan” yang terdapat di dalam halaman keputusan semakan anda.
Untuk info lanjut dan terkini mengenai tawaran kemasukan ke SBP, sila layari laman web Kementerian Pendidikan Malaysia di pautan www.moe.gov.my atau hubungi Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK) KPM di talian hotline 03-83217400.
Semoga berjaya.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lh0GzB✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment