Hi! Welcome Back and Stay Tune! Terbuka Malaysia: Ying-Ying menang berganda hari pertama - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Terbuka Malaysia: Ying-Ying menang berganda hari pertama

DUAN Ying-Ying dari China memenangi acara perseorangan dan beregu pada Kejohanan Tenis Terbuka Malaysia ALYA WTA 2017, semalam. – Foto ihsan livetennis.it

KUALA LUMPUR: Duan Ying-Ying dari China memulakan kempen pada Kejohanan Tenis Terbuka Malaysia ALYA WTA 2017 penuh bergaya apabila memenangi acara perseorangan dan beregu semalam, biarpun perlawanan terpaksa ditangguhkan selama dua jam susulan hujan.

Pada perlawanan pertama berlangsung di TPC Kuala Lumpur itu, pemain berusia 27 tahun itu yang baru pulih daripada sakit yang lama, menewaskan pemain Kazakhstan, Zarina Diyas 7-5, 6-3 dalam aksi berlarutan selama satu jam 15 minit.

Kejayaan itu juga menyaksikan pemain China itu mengatasi pemain Kazakhstan berkenaan dengan kemenangan 2-1 berpihak kepada beliau, selepas mencatat satu kemenangan, dan satu kalah pada kejohanan di Jepun pada 2013.

Pemain pilihan kelima kejohanan itu kemudian berpasangan dengan rakan senegara, Han Xinyun untuk mengalahkan Chang Kai-Chen dari Taiwan yang bergandingan dengan seorang lagi pemain China, Wang Qiang 6-3, 6-4.

“Ini perlawanan pertama saya selepas pulih daripada sakit…jadi saya rasa saya bermain dengan baik walaupun lawan saya hari ini adalah pemain yang mendapat ‘wildcard’.

“Beliau berjaya mematahkan pukulan saya, dan saya ketinggalan 2-4 pada set pertama, namun saya masih tenang di gelanggang dan kembali mendapat rentak. Secara keseluruhan, prestasi saya hari ini sangat baik,” katanya selepas perlawanan.

Ying-Ying, yang tidak pernah melepasi pusingan kedua acara perseorangan pada Terbuka Malaysia sejak membuat penampilan sulung pada 2013, berharap dapat memecahkan badi itu kali ini, apabila dijangka berdepan Sara Sorribes Tormo dari Sepanyol pada pusingan kedua, lawan yang pernah dua kali beliau tewaskan di China, sebelum ini.

Pemain ranking ke-103 dunia, Sorribes Tormo meraih kemenangan pertama musim ini selepas menumpaskan rakan senegara Silvia Soler Espinosa 6-3, 7-6 (7-2) dalam satu lagi aksi pusingan pertama, hari ini.

“Saya rasa ia perlawanan yang sukar…bermain menentang rakan sentiasa sukar. Saya bermula dengan baik, set kedua saya mendahului 5-1 tetapi tidak dapat menamatkan permainan…jadi, saya mula bermain secara agresif dan berjaya memenangi perlawanan.

“Apa pun saya gembira beraksi di kejohanan ini dan berharap dapat mencatat keputusan yang sama di pusingan seterusnya,” kata beliau.

Sementara itu, kejutan paling besar pada kejohanan itu adalah menerusi pemain ranking ke-195 dunia, Lesley Kerkhove dari Belanda, yang menewaskan pilihan ketujuh Elise Mertens dari Belgium 6-4, 7-6 (4).

Hari ini pilihan utama Elina Svitolina dari Ukraine akan memulakan kempen dalam usahanya menjadi pemain pertama mempertahankan kejuaraan itu, menentang pemain dari pusingan kelayakan, Jang Su Jeong dari Korea Selatan, manakala pilihan kedua Carla Suarez Navarro dari Sepanyol berdepan pemain Jepun, Miyu Kato, masing-masing di pusingan pertama.

Pemain Malaysia yang beraksi menerusi penyertaan ‘wildcard’, Jawairiah Noordin akan bergandingan dengan Jessy Rompies dari Indonesia, untuk berdepan pasangan Elise Mertens (BEL) dan Ipek Soylu (TUR) dalam acara beregu.

BERNAMA

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lh5THD

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.