Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tips Memilih Barangan Yang Murah & Berkualiti Ketika Membeli-Belah di Pasar Raya Besar AEON Big - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tips Memilih Barangan Yang Murah & Berkualiti Ketika Membeli-Belah di Pasar Raya Besar AEON Big

Foto: The Star

Setiap kali membeli barangan di pasar raya-pasar raya besar seperti AEON Big, pembeli sudah pasti akan mengambil masa yang lama untuk memilih barang yang paling murah dan paling berkualiti.

Tetapi, ramai yang tidak tahu sebenarnya Pasar Raya AEON Big mempunyai cara mereka tersendiri untuk membantu pengguna memilih barangan yang murah tetapi juga berkualiti.
Caranya adalah dengan mengeluarkan produk-produk mereka sendiri dengan nama Big Value.
Selain itu, mereka juga mempunyai barangan berjenama sendiri daripada anak syarikat AEON di Jepun yang menggunakan nama TOPVALU.


Big Value = Harga Murah

Big Value adalah satu jenama dari AEON Big bagi barangan yang diletakkan pada harga yang murah tetapi berkualiti. Barangan berjenama Big Value ini terdiri daripada barangan dapur sehingga barangan segar.

Sehingga kini, terdapat 758 produk produk berjenama Big Value di AEON Big. Antara yang paling popular adalah Air Mineral Big Delight 500ml yang dijual pada harga RM0.45 dan Big Value Beras Wangi Thai 10kg yang cuma berharga RM38.50.

Produk-produk ini boleh dikenalpasti dengan label Big Value berwarna oren, seperti gambar di bawah.

Kentang berjenama Big Value
Cendawan Shimeji berjenama Big Value
Telur berjenama Big Value
Lampin bayi berjenama Big Value

TOPVALU = Barang Berkualiti

Bagi memilih barangan berkualiti pula, pembeli boleh mendapatkan barangan yang mempunyai label TOPVALU.

Barangan berjenama TOPVALU perlu melalui satu piawaian kualiti yang ketat sebelum memasuki pasar raya AEON BIG. Malah, jenama TOPVALU juga merupakan satu jenama yang popular di Jepun kerana berkualiti tinggi dan harga yang berpatutan.

Setakat ini, sebanyak 792 produk berjenama TOPVALU boleh didapati di AEON Big.

Untuk mencari barangan berjenama TOPVALU, carilah produk yang mempunyai label seperti di bawah.

Minyak berjenama TOPVALU
Barangan berjenama TOPVALU biasanya akan dipasang pada rak yang berlabel TOPVALU.
Tisu berjenama TOPVALU

Selain itu, TOPVALU juga turut memperkenalkan TOPVALU BESTPRICE yang mempromosikan barangan kualiti pada harga yang murah.

Jika terlihat produk dengan label TOPVALU BESTPRICE, ketahuilah bahawa produk itu adalah produk berkualiti yang ditawarkan pada harga yang murah oleh AEON BIG.

Selamat membeli dan berjimat!
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2kXrEwI

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.