Hi! Welcome Back and Stay Tune! Anak Syarikat Sapurakencana Dapat Empat Projek Bernilai RM434 Juta - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Anak Syarikat Sapurakencana Dapat Empat Projek Bernilai RM434 Juta

Spread the love

KUALA LUMPUR – Dua anak syarikat milik penuh SapuraKencana Petroleum Bhd, mendapat empat kontrak berkaitan kejuruteran dan pembinaan dengan nilai keseluruhannya kira-kira RM433.6 juta (US$97.4 juta).

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, SapuraKencana berkata anak syarikat itu adalah SapuraKencana TL Offshore Sdn Bhd (SKTLO) dan SapuraKencana HL Sdn Bhd (SKHL).

SKTLO mendapat kontrak Petroliam Nasional Bhd (Petronas) bagi Pengangkutan dan Pemasangan Kemudahan Luar Pesisir Pan Malaysia.

Ini membabitkan kerja-kerja pengangkutan dan pemasangan platform, struktur dan saluran paip serta tugas berkaitan selama setahun pada 2017-2018.

“Ia turut menerima kontrak Petronas Carigali Sdn Bhd (PCSB) bagi kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan, pemasangan dan pengoperasian Kerja-Kerja Pembaikan dan Penstabilan Unit Pengeluar Luar Pesisir Mudah Alih Sepat,” kata SapuraKencana.

Kontrak itu bagi tempoh kira-kira lima bulan.

Sementara itu, SKHL mendapat kontrak bagi penyediaan pemerolehan, pembinaan dan pengoperasian (PCC) ‘Full Well Stream (FWS) Air Cooler Module on Central Processing’ daripada PCSB.

Kontrak itu bagi tempoh 33 bulan.

“Ia juga mendapat kontrak PCPP Operating Company Sdn Bhd (PCPP) bagi penyediaan kejuteraan, persiapan, pengasingan dan pelupusan untuk Dana dan penamatan pengoperasian bagi tempoh sembilan bulan,” kata syarikat itu. – BERNAMA

Loading…

Spread the love

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mwVay0

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.