Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kemas Kini Twitter Menghalang “Akaun Telur” Dari Terpapar Di Susur Masa - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kemas Kini Twitter Menghalang “Akaun Telur” Dari Terpapar Di Susur Masa

Sekiranya anda menggunakan Twitter anda pasti tahu apakah yang dimaksudkan dengan “akaun telur”. Bagi yang kurang arif ia adalah akaun baru dibuka dan kerap kali hanyalah bot yang digunakan untuk tujuan propaganda. Avatar default gambar telur masih belum digantikan dengan gambar yang dimuat naik. Akaun ini turut digunakan insan untuk melakukan serangan ke atas pengguna lain tanpa mendedahkan identiti mereka.

Bagi mengurangkan masalah buli dan perkauman di atas talian, Twitter mengumumkan beberapa fungsi baru semalam. Fungsi pertama ialah pengguna boleh menapis akaun telur dari muncul pada susur masa mereka. Pengguna juga boleh menapis akaun yang belum disahkan alamat emel dan nombor telefon mereka. Pemilik akaun telur jarang sekali menukar avatar, mengesahkan emel dan nombor telefon peribadi akaun mereka.

Twitter turut memperkenalkan sistem Mute baru. Pengguna boleh menetapkan tempoh masa akaun pengguna dan kata kekunci ingin dibisukan. Mereka boleh membisukan akaun selama sehari, seminggu, sebulan atau selama-lamanya. Ini amat berguna bagi mengelakkan spoiler filem dan siri TV popular dari terpapar di susur masa.

Akhir sekali Twitter turut menjanjikan akan menjadi lebih proaktif dalam menguruskan laporan akaun yang melakukan pembulian atas talian. Dengan pengenalan kesemua fungsi baru ini, sekurang-kurangnya kehadiran akaun yang menjengkelkan dapat ditapis sendiri oleh pengguna.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mvrLEc



✍ Sumber : ☕ Amanz


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.