Hi! Welcome Back and Stay Tune! Guru Kini Hilang 'Nikmat' & 'Ghairah' Semasa Mengajar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Guru Kini Hilang 'Nikmat' & 'Ghairah' Semasa Mengajar

Seorang guru lelaki berusia lingkungan 30’an yang mempunyai masalahtekanan perasaan cuba untuk terjun dari tingkat 4 bangunan utama sekolah semasa sesi pembelajaran sedang berlangsung. – mStar Online | Foto – Netizen
Terkejut bila mendengar ada berita seorang guru di Putrajaya cuba terjun dari tingkat empat sebuah di bangunan sekolah semalam. Namun hasil pujukan rakan dan pihak bomba dan penyelamat, guru berkenaan berjaya diselamatkan dan dibawa ke Hospital Putrajaya untuk rawatan. Masalah yang dikesan ialah, kemurungan. 
Sahabat guru saya yang dikasihi semua, mengapa perkara ini berlaku? Dahulu, pernah terjadi di sebuah sekolah tamil di Kelang, seorang guru cuba minum racun akibat tekanan kerja. Mengapa ye? 
Profesion yang amat mulia sebagai medium penyampai ilmu kini sudah menjadi satu profesion yang berisiko tinggi untuk kemurungan. Guru kini sudah hilang ‘Nikmat’ dan ‘Ghairah’ semasa mengajar. Tidak seperti zaman guru-guru kita mengajar kita dahulu.
Di bandar-bandar, guru-guru kita dihormati oleh masyarakat setempat. Pernah berlaku pada saya sendiri pada tahun 1995 di mana ketika saya sedang membeli ikan di pekan Saratok, apek Cina yang menjual ikan itu berkata, 
“Cikgu, mau ikan apa? Pilih cikgu,” katanya. 
Sedangkan saya tidak mengenali pun apek itu. Bila ditanya, bagaimana dia tahu saya seorang guru, katanya, 
“Kitak punya mua, ada landik punya orang. Kamek tahu itu mua cikgu,” katanya. 
(Muka awak, nampak seperti orang berpelajaran. Dari situ saya tahu awak seorang cikgu)
Sekarang susah nak mencari orang yang hormat pada guru. Malah bermacam-macam sumpah seranah dihamburkan pada guru. Sentuh murid, salah. Dibiarkan pun, salah.
Ada satu status yang saya baca di media sosial. Seorang netizen memberi komen yang mendakwa guru sekarang mahu cepat pulang ke rumah, sepatutnya menunggu kesemua anak murid dijemput ibu bapa masing-masing, barulah mereka boleh pulang. 
Saya terkejut ketika membaca komennya itu. Apa dia ingat kami sebagai guru ini, mandul? Tak ada anak di sekolah dan nursery yang perlu kami jemput? 
Ada kes ibu bapa bila dipanggil untuk menjemput anak yang demam supaya dibawa pulang untuk dibawa ke klinik, mereka balas dengan jawapan, 
“Saya busy di office ni. Boleh bagi dia panadol tak?” 
Nota: Peraturan guru tidak boleh memberi ubat kepada murid walaupun paracetamol kerana guru bukan pegawai perubatan yang sah.
Ada guru yang terkejar-kejar dengan mesyuarat penetapan sasaran sampai ada kes terlupa anak dalam kereta. Akibatnya, si anak itu meninggal dunia. Semata-mata mahu mengejar mesyuarat yang perlu dihadiri. Ada kes guru yang meninggal dunia kerana lemas semasa menjalani aktiviti perkhemahan. Yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pun semakin banyak. 

Sedih, kan? Sepatutnya suara comel anak-anak murid menjadi penghibur hati guru. Kini guru terpaksa mengajar mengikut acuan-acuan tertentu. Kelas mesti mengikut Pendidikan Abad Ke-21. Murid-murid duduk berkelompok, bila guru mengajar susah nak fokus kontaks mata. 

Berbeza dengan guru pada zaman 70’an, 80’an dan 90’an. Guru naik kapcai, mengajar sambil bergelak ketawa, menyakat murid, merapatkan silaturrahim. Kalau garang, guru masih lagi dihormati. 
Gambar guru sedang menaiki troli mulai tersebar di halaman media sosial.- Foto Facebook Cikgu Asmadi Samad

Anak-anak murid dahulu pun, sekarang dah jadi orang yang kuat jiwanya. Bukan seperti anak-anak murid sekarang yang kebanyakannya hati tisu atau jiwa rapuh bagai kerepek. Bila disindir cita-cita, sampai besar dia merepek. 

Kembalikanlah keghairahan mengajar kepada guru. Jangan dikekang kreativiti guru, biarkan guru melaksanakan tugas mendidik dengan lebih teratur. Jangan dibebankan dengan tugas sampingan yang bukan menjadi teras kerja. Sampaikan nak menyambut pengawai pun, duit guru diminta derma (kawan saya di Sabah mengadu, harap-harap tidak berlakulah, kesian pada guru-guru kita). 
Guru-guru sudah hilang semangat. Kalau jabatan lain boleh buat team building dan bina program jati diri bagi meningkatkan kualiti kerja, manakala guru cukup dengar ceramah bebelan SISC sambil minum air mineral dan disaji dengan gula-gula. Kalau dulu, ada juga karipap dan koci. Nak mengharap mihun, jauh sekali. 
Bertabahlah guru-guru semua, Allah bersamamu. 


>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mNTX1s

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.