Skuad Negara Tetap Positif Tanpa Tonggak
PEMAIN hoki negara, Muhammad Sukri Abdul Mutalib. – Foto Mohd Fadli Hamzah
KUALA LUMPUR: Kehilangan ramai tonggak utama sedikitpun tidak menjejaskan persiapan skuad Malaysia Tigers untuk mengharungi kempen Pusingan Kedua Liga Hoki Dunia (WHL2), bermula dengan aksi pembuka tirai menentang Bangladesh, Sabtu ini.
Krisis kecederaan ketika ini menghimpit pasukan bimbingan Stephen Van Huizen apabila terpaksa melupakan khidmat penyerang Faizal Saari dan Haziq Samsul manakala Firhan Ashari pula terpaksa diketepikan kerana mahu melangsungkan perkahwinan.
Bagi kapten skuad hoki negara, Sukri Mutalib, walaupun tidak boleh menggunakan kelibat beberapa pemain utama pada aksi kelayakan Piala Dunia 2018 itu, dia percaya situasi itu tidak akan melemahkan semangat mereka untuk melakar kejayaan di bumi Dhaka.
“Memang tidak dinafikan ia mencetuskan sedikit kebimbangan, tetapi sebagai pemain profesional kami tidak boleh terlalu bergantung kepada individu tertentu kerana dalam sukan hoki moden sebenarnya kejayaan bergantung kepada kekuatan berpasukan.
“Bagi saya, kalau semua pemain memberi komitmen yang jitu, tiada masalah untuk kami mencapai kejayaan,” katanya.
Malaysia yang diundi dalam Kumpulan A bersama Fiji, Oman serta tuan rumah Bangladesh yang ketika ini menghuni ranking ke-13 dunia dan perlu muncul dua terbaik pada kejohanan ini untuk terus memburu tiket ke Piala Dunia 2018.
Ketiadaan ketiga-tiga penyerang terbabit bermakna Stephen kini hanya memiliki lima penyerang lain untuk diturunkan sepanjang kejohanan ini – Shahril Saabah, Nik Muhammad Aiman Nik Rozemi, Rashid Baharom, Ramadan Rosli dan Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Ab Jalil.
Malah, Sukri, 29, percaya pemain seperti Ramadan yang dipanggil pada saat akhir bagi menggantikan peledak berbisa Faizal juga mempunyai kualiti yang setanding.
“Kita tahu Faizal menarik diri pada saat akhir kerana kecederaan, namun saya tetap positif dan percaya Ramadan yang menggantikannya mampu menggalas cabaran kali ini dengan baik,” katanya.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lB4GMy✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment