Hi! Welcome Back and Stay Tune! Selebriti Zahir Takziah Atas Pemergian Jins Shamsuddin - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Selebriti Zahir Takziah Atas Pemergian Jins Shamsuddin

Spread the love

PEMERGIAN seniman legenda negara, Tan Sri Dr Jins Shamsuddin akibat sesak nafas semalam turut diratapi selebriti tanah air yang membesar dengan filem lakonan serta pengarahan beliau.

Antara selebriti yang sempat menitipkan ucapan takziah di laman sosial ialah penyanyi no. 1 negara, Datuk Siti Nurhaliza, dramatis Fauziah Dato Ahmad Daud, pengarah Syamsul Yusof dan pelakon Zul Ariffin yang terkesan dengan pemergian Allahyarham.

Fauziah atau Ogy menyifatkan Allahyarham sebagai guru lakonannya, malah mereka pernah bergandingan bersama dalam filem Ali Setan yang menjadi fenomena suatu ketika dahulu.

Jins, 82, dilapor menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.45 petang semalam di sebuah klinik swasta di Taman Melawati, Kuala Lumpur.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Puan Sri Halijah Abdullah, 58, dan empat anak lelaki, Muhammad Jafri (perkahwinan dengan seniwati Rahmah Rahmat), Putera Hang Tuah @ Shazrin (perkahwinan dengan Jamilah Shukur) dan dua anak hasil perkahwinan bersama Halijah iaitu Putera Hang Jebat dan Putera Hang Nedim. – MYNEWSHUB.CC

[embedded content]

Loading…

Spread the love

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lBFPbp

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.