Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ceritalah ASEAN: Pemburu Emas Manado Mengimpikan Masa Depan Lebih Cerah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ceritalah ASEAN: Pemburu Emas Manado Mengimpikan Masa Depan Lebih Cerah

FERNANDO Pantow – penganut agama Kristian beretnik Minahasan – hanya berusia empat belas tahun ketika beliau mula bekerja sebagai seorang pelombong emas tanpa izin.

Malah, hari ini – lapan tahun kemudian – Fernando masih ingat kepada saat dimana dia telah berdoa untuk keselamatannya ketika menuruni sebuah cerun dengan selembar tali dalam pekerjaan pertamanya.

“Persekitaran pada saat itu gelap dan lembap. Setelah menuruni cerun sejauh dua belas meter, akhirnya, saya berjaya menjejakkan kaki saya di atas tanah. Sejurus kemudian, saya telah berjalan sejauh lima belas meter sebelum tiba di cerun yang kedua.

“Saya terpaksa mengulangi proses yang sama sebanyak dua kali sebelum tiba di permukaan batu – hampir 100 meter dibawah tanah – dimana pada ketika itu, saya berpeluh-peluh dan tercungap-cungap untuk menghirup nafas melalui hos yang telah disambungkan kepada sebuah tangki oksigen.

Manado

Tercicir sekolah akibat serangan demam kepialu, Fernando telah ditakdirkan untuk bekerja selama enam tahun di lombong-lombong emas haram yang cukup banyak jumlahnya, yang terletak di daerah asalnya, Sulawesi Utara serta daerah bersebelahannya, Gorontalo.

Malah, sementara menunggu pekerjaan untuk membawanya keluar dari kampungnya iaitu Kanonang, beliau sentiasa membantu ibubapanya – peladang tanpa tanah – untuk mencari mata pencarian di persekitaran kawasan bukit yang dibasahi hujan yang terletak sejauh dua jam ke arah barat daya ibu negeri daerah yang maju, Manado – yang kini digelar sebagai Bali yang kedua.

Sememangnya, persekitarannya, yang dipenuhi dengan buluh, sawah padi serta dusun buah, tampak indah dan hijau.

Manado

Namun yang demikian, realiti yang dihadapinya lebih rumit dan proses mencari pekerjaan yang mampu memberi pendapatan yang mencukupi adalah sesuatu yang sangat sukar, lebih-lebih lagi bagi golongan peladang yang tidak memiliki tanah.

Fernando menjelaskan: “Kalau seseorang ingin menanam seekar kacang tanah, dia perlu untuk menyewa tanah itu terlebih dahulu sebelum membuat pelaburan peribadi untuk benih, tenaga buruh serta baja. 

Bayangkan, untuk menanam seekar tomato itu memerlukan modal lebih daripada IDR40 juta (lebih kurang MYR13,000). Kalau harga tanaman ini jatuh merundum sebelum musim menuai, memang rugi!”

“Sebab itulah ramai orang sanggup menyertai perlombongan haram. Sememangnya kami boleh mendapat pendapatan, meskipun sudah banyak kali nyaris mati. Pada saat itu, saya akan berdoa dan pasrah, bahawa takdir nyawa saya terletak di tangan Tuhan.”

Manado

Beliau menceritakan bagaimana pada mulanya, beliau memandang ringan terhadap pekerjaan ini: “Saya baru sahaja sembuh dari demam kepialu apabila salah seorang daripada bapa saudara saya telah bertanya sama ada saya mahu turut serta bersama dia untuk bekerja di lombong emas.

“Saya menjawab ya dan menyertai beliau. Meskipun, kami telah ditipu oleh majikan dalam pekerjaan pertama kami, selepas itu, saya telah mula menerima pendapatan yang cukup lumayan – sekurang-kurangnya IDR1.5 juta (sekitar RM500) setiap bulan.

“Kami bekerja sebagai satu pasukan. Kesetiaan kami kepada rakan sekerja, dan bukannya terhadap majikan. Kami saling jaga menjaga antara satu sama lain kerana takdir nyawa kami saling bergantung: ‘Torang Samua Ba’sudara’ (“Kita semua bersaudara”)

“Kami tidak hanya menggali mencari emas. Kami juga bertanggungjawab untuk menghancurkan dan memproseskan bijih-bijihnya. Kemudian kami mencampurkanya dengan air dan merkuri. Kalau terdapat emas, ia akan timbul dalam bentuk pepejal dan kami akan terus mengasingkan merkuri itu dengan menggunakan kain kasa.”

Apabila saya bertanya kepada Fernando bukankah perkara itu cuku membahayakan, dia menjelaskan bahawa dia sekadar menyentuhnya: “Saya tidak pernah minum merkuri!”

Manado

Walaupun kerjanya sangat melelahkan dan kadang-kala berbahaya, ia ternyata berbaloi: “Saya telah membeli motosikal saya yang pertama dengan membayar IDR16 juta (sekitar MYR5,300) tunai sekaligus,” dia berkata dengan penuh bangga.

Namun, perlombongan ini bukanlah kerja yang senang. Kecederaan sering berlaku dan pada tahun 2015 di Gorontalo, “krew” nya telah diserang oleh sekumpulan penyamun.

“Ketika itu saya sudah mula serik. Ketika itu jugalah saya mengambil keputusan untuk tinggal di kampung saya dan bekerja sebagai pemandu pelancong sambil membantu ibu bapa saya. Sekurang-kurangnya, ibu saya kini memiliki rumahnya yang sendiri dan kami turut menternak khinzir. Apabila mereka besar nanti, seekor khinzir boleh dijual pada harga IDR7 – 8 juta (MYR2,300 – 2,600).

Bagi Fernando, keadaan peribadinya kini turut bertambah baik.

Pelaburan membangunkan infrastruktur telah membuka peluang untuk menerokai kawasan Timur Indonesia, pada saat dimana tren gaya hidup yang berpaksikan kepada aspek “pengembaraan” pelancongan telah menangkap imaginasi popular warga Indonesia.

Malah, warga Jakarta yang dikatakan cerewet, turut telah bermula untuk mengembara di luar destinasi seperti Singapura dan Bali – kini mereka sedang mengunjungi Kepulauan Sumba, Wakatobi dan Seram dalam jumlah yang kian membesar.

Sememangnya, jumlah pelancong asing di Manado sedang meningkat dengan Sulawesi Utara menerima 40,624 orang pelancong asing pada tahun 2016 berbanding dengan 19,465 orang dan 17,279 orang pada tahun 2015 dan 2014.

Pada tahun 2016, sekitar 30,000 pelancong dari China telah mengunjungi Manado dan jumlah ini dijangkakan akan meningkat ke 150,000 pada tahun 2017, dibantu oleh peningkatan kekerapan penerbangan dari tanah besar China.

Kini berumahtangga dan mempunyai kerja sambilan sebagai pemandu pelancong di sebuah kawasan tarikan pelancongan bernama Bukit Kasih, Fernando sedar akan cabaran yang dihadapinya hasil peralihan tren:

“Tidak ada banyak peluang pekerjaan di kawasan bukit ini. Malah kamu perlu berkelulusan sekolah menengah untuk mendapatkan perkerjaan yang baik, oleh itu, saya berharap agar kerajaan akan melancarkan semula “Program C” (inisiatif pulang-ke-sekolah yang membantu golongan yang tercicir dari sekolah).

“Saya yakin bahawa sektor pelancongan ini mampu menawarkan masa hadapan yang lebih cerah. Lihat sahaja bagaimana sektor ini telah mencetus transformasi di Bali.”

Walaubagaimanapun, cita-cita Fernando tidak terhad kepada pulau ini sahaja, malah, seiring dengan tradisi Minahasan untuk ‘merantau’: “Keramaian mereka yang berketurunan Minahasan akan merantau keseluruh negara ini untuk mencari peluang pekerjaan.

“Ramai di antara kami boleh ditemui di Papua, terutamanya di lombong Freeport serta di Sorong. Saya ingin ke Raja Ampat untuk belajar cara menjadi pemandu pelancong bagi kawasan tarikan pelancong air dan pantai”.

Namun, pembangunan infrastruktur dan pelancong membawa cabarannya yang tersendiri.

Saban hari, keunikan dilihat sebagai sesuatu yang penting dalam pelancongan.

Bergerak ke hadapan, anak muda beretnik Minahasan seperti Fernando perlu mengekalkan keunikan budaya mereka sekiranya Manado ingin kekal sebagai destinasi pelancongan yang mampan dan meriah.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mP3Ega

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.