Hi! Welcome Back and Stay Tune! Larian Baton Sukan SEA Bakal Jadi Legasi – Zolkples - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Larian Baton Sukan SEA Bakal Jadi Legasi – Zolkples

Ketua Pegawai Eksekutif, Jawatankuasa Pengelola Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (MASOC), Datuk Seri Zolkples Embong. – Foto NSTP/Osman Adnan

PUTRAJAYA: Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 bakal mencatat legasi dan tanda aras baharu dengan pengenalan Larian Baton-Bangkit Bersama yang membabitkan 10 ibu kota di Asia Tenggara.

Ketua Pegawai Eksekutif, Jawatankuasa Pengelola Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (MASOC), Datuk Seri Zolkples Embong mahu larian itu menjadi titik bersejarah dalam penganjuran Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN kerana acara seumpama itu belum pernah dilaksanakan oleh mana-mana negara tuan rumah di rantau ini.

Larian berkenaan diadakan sempena Sukan SEA ke-29 dari 19 hingga 31 Ogos, dan Sukan Para ASEAN ke-9 pada 17 hingga 23 Sept, yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur.

“Buat pertama kali dalam kelolaan Sukan SEA, larian berkenaan diadakan dan kita akan menjadikan ia sebagai satu legasi Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

“Tujuan larian itu juga adalah untuk memberi publisiti secara baik dan meluas serta mendapat sokongan daripada rakyat bukan sahaja di negara kita, malah di negara lain yang bertanding,” katanya pada sidang media majlis pengumuman larian tersebut di sini, hari ini.

Purata jarak larian itu adalah sejauh 10 kilometer (km) yang terdiri daripada enam stesen iaitu garisan permulaan, empat titik pertemuan dan garisan akhir dengan jarak dua km antara setiap stesen.

Larian tersebut juga akan melalui lokasi ikonik di sekitar ibu negara terbabit seperti Istana Malacanang di Filipina, Singapura Lion di Singapura dan Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin di Brunei.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin akan turut serta dan menyerahkan baton pada wakil negara hos larian baton di lima negara iaitu Thailand, Singapura, Filipina, Brunei dan Laos.

Larian itu akan diteruskan dari satu titik pertemuan ke titik pertemuan lain sehingga ke garisan akhir yang kemudiannya akan diserahkan kepada Duta Besar negara hos yang seterusnya.

BERNAMA

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lgQ0Gc

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.