Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kekangan Kewangan Tidak Jejas Kemeriahan LTdL 2017 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kekangan Kewangan Tidak Jejas Kemeriahan LTdL 2017

PUTRAJAYA: Kekangan kewangan tidak menghalang Ciclista Sports Sdn Bhd untuk memastikan perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2017 yang melabuhkan tirainya di sini, semalam, berjalan lancar.

Kehadiran pasukan bertaraf ProTour, Dimension Data dari Afrika Selatan serta beberapa pasukan profesional benua dari Eropah, membuktikan jelajah berbasikal terulung Asia itu yang dianjurkan sejak 1996, tidak hilang serinya di sebalik persekitaran ekonomi global yang mencabar ketika ini.

Emir Abdul Jalal. – Foto Owee Ah Chun.

Perkara ini diakui sendiri Ketua Pegawai Eksekutif Ciclista Sports, Emir Abdul Jalal yang menyifatkan edisi ke-22 kali ini menampilkan persaingan sengit antara pelumba sehingga mendapat liputan meluas daripada media antarabangsa.

“Kami memahami ekonomi di peringkat global khususnya mengalami defisit dan sebagainya, dan LTdL tidak terkecuali mendapat tempiasnya daripada segi bajet dan sebagainya, tapi penyertaan pasukan antarabangsa, wakil media dan kelengkapan perlumbaan amat memberangsangkan.

“Apa yang kita perlukan untuk menganjurkan perlumbaan bertaraf kategori ‘Hors’ yang ditetapkan UCI (Kesatuan Berbasikal Antarabangsa) berjaya dipenuhi dan yang penting, komisar dilantik UCI amat berpuas hati dengan perjalanan LTdL kali ini,” kata Emir selepas berakhirnya LTdL 2017, semalam.

Beliau menjelaskan antara media antarabangsa yang membuat liputan LTdL kali ini termasuk Eurosport International sehingga dilaporkan mencecah tontonan lebih 600 juta di seluruh dunia, sekali gus melonjakkan nama Malaysia sebagai antara penganjur sukan terbaik dunia.

Emir turut mendedahkan pihaknya tidak menolak kemungkinan untuk membuat bidaan semula LTdL setelah tempoh perjanjian dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tamat tahun ini, namun menyerahkan perkara berkenaan kepada KBS untuk pertimbangan.

Ciclista Sports yang juga syarikat pengurusan acara berbasikal diberi kontrak dua tahun untuk menganjurkan LTdL bermula tahun lalu.

“Jika kami diberikan peluang sekali lagi, saya yang berpengalaman luas bekerjasama dengan KBS dan Majlis Sukan Negara sebelum ini berjanji akan meneruskan amanah ini demi kesinambungan LTdL dan cita-cita rakyat Malaysia untuk menyaksikan perlumbaan bertaraf antarabangsa akan tercapai,” kata Emir.

Untuk rekod, Ciclista Sports hanya menerima geran sebanyak RM11 juta dari KBS pada tahun ini, berbanding RM16 juta pada 2016, sekali gus memaksa mereka mencari penaja swasta untuk menjayakan jelajah yang dilaporkan mencecah kos RM15.5 juta. – BERNAMA

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2luwRf9

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.