Hi! Welcome Back and Stay Tune! 'Biarlah Ayah Tak Nak Balik, Satu Hari Nanti Dia Pasti Balik Cari Mak & Waktu Itu Mak Dah Tak Ada' - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

'Biarlah Ayah Tak Nak Balik, Satu Hari Nanti Dia Pasti Balik Cari Mak & Waktu Itu Mak Dah Tak Ada'

Gambar sekadar hiasan sahaja | Google Images
Assalamualaikum. Saya ingin berkongsi kisah yang berlaku pada keluarga saya. Semoga menjadi iktibar kita bersama. 
Sewaktu menulis kisah ini, hati terasa sedih sangat. Teringat arwah mak dan segala derita yang arwah mak tanggung sebelum dijemput Ilahi. Saya masih ingat kata-kata arwah mak.
“Biarlah ayah tak nak balik. Satu hari nanti dia pasti balik. Bila orang dah buang dia, masa itu dia akan cari mak balik. Tapi waktu dia cari mak tu, mak dah tak ada..”
Ayah saya mempunyai tiga orang isteri. Arwah mak, isteri pertama, manakala isteri kedua dan isteri ketiga yang dikahwininya mungkin tahun yang sama cuma berbeza bulan saja. Kerana anak isteri kedua dan anak isteri ketiga hanya beza setahun saja tarikh lahir mereka.
Ayah berkahwin secara rahsia dengan isteri kedua dan ketiga ketika saya berumur 9 tahun (mengikut perkiraan beza umur saya dengan anak ayah dari isteri 2 dan 3). Ayah pada waktu itu baru lepas pencen askar dan duit masih banyak. 
Sejak berkahwin dengan isteri kedua dan ketiga, ayah langsung tidak pulang ke rumah. Hanya pulang sekejap saja ke rumah dan itupun sebulan sekali untuk beri duit belanja RM50 sebulan, serta untuk bayar sewa rumah lebih kurang RM120/sebulan.
Saya langsung tidak sempat berbual dengan ayah kerana dia hanya menjengah dari luar pintu, beri ikan dan sayur, bersama duit belanja. Mak sudah lama mengsyaki ayah berkahwin lain, tetapi ayah tidak mengaku. Kami adik beradik pun tak percaya cakap mak kerana lebih percaya pada ayah. Ayah bagi alasan tempat kerja baru ayah jauh. Jadi ayah tak boleh nak pulang ke rumah selalu.
Duit belanja yang ayah beri tidak cukup. Saya tidak pernah ada duit belanja sekolah dan makanan rutin kami bawang, cili kering yang dipotong, ditumis makan dengan nasi. 
Sewaktu kecil saya tidak terfikir kenapa lauk nasi kami hanya bawang dan cili kering. Kami tak pernah tanya mak. Mak juga tak pernah cerita. Apa yang saya ingat, mak secara sembunyi-sembunyi kerja jadi tukang masak di kantin sekolah. Dapatlah RM15 sehari. Mak suruh kami semua rahsiakan dan jangan beritahu ayah sebab takut ayah tak balik hantar duit dah.
Perangai ayah memang pelik, macam banyak sangat benda yang dirahsiakan. Ayah ada suruh adik ambil cop sekolah kerana nak beli komputer guna duit KWSP. Tapi komputer itu tak dapat pada kami. Ayah beria-ria cerita pada kami yang dia nak beli rumah di kampung. Tetapi tidak pernah bawa kami untuk melihatnya. Ayah tak pernah sambut raya dengan kami. Kali terakhir beraya dengan ayah ketika umur saya 9 tahun. Alasan ayah terpaksa kerja di pagi raya. Ayah jadi orang yang paling kedekut duit dan dia marah kalau kami minta duit.
Sehingga saya berumur 16 tahun. Barulah ayah menceritakan segala-galanya. Ayah mengaku pada mak dan mak yang cerita pada kami. Waktu itu, saya berada di asrama penuh dan memang tak boleh terima kenyataan itu. Rupa-rupanya selama ini ayah berkahwin banyak. Patutlah minta duit asyik kena marah. 
Patualah ayah tak pernah balik rumah, tak pernah balik raya bagai. Lebih menyakitkan hati bila tengok isteri ketiga ayah pakai kereta Honda, hidup mewah. Sedangkan kami cuma ada sebuah basikal yang mak gunakan untuk hantar dan ambil kami dulu sewaktu di sekolah rendah, yang mak guna untuk jadi tukang masak kantin. Ayah beri alasan kononnya itu duit isterinya. Kereta itu dia bayar kongsi-kongsi dengan isteri ketiganya kerana itu nafkah wajib dia. 
Saiz rumah kami besar stor saja tetapi rumah isteri ketiganya siap ada sofa, tv besar, katil bagai. Ya saya sebut semua ini sebab rumah saya hanya ada tikar getah. Saya selalu bergaduh dengan ayah bila mana saya minta duit untuk belanja, kerana selepas ayah mengaku berkahwin banyak dia semakin susah nak bagi duit belanja rumah. Kalau dulu tak perlu telefon, tapi selepas dia mengaku asyik kena telefon banyak kali untuk meminta duit belanja sampai kena marah.
Waktu itu, hidup kami susah sikit sebab mak dah tak boleh kayuh basikal pergi kerja di kantin. Abang pula tak belajar tinggi. Kerja yang diperolehi pun mengikut sijil SPM saja. Kakak keluar universiti tapi tak ada rezeki kerja elok, hanya jaga taska. Isteri kedua ayah pun katanya merajuk. Hidup isteri kedua ayah pun lebih kurang malang seperti kami. Dia lari pulang ke Sarawak dan bawa semua anak bersamanya.
Sewaktu saya berumur 21 tahun dan sedang belajar di universiti ketika itu, mak meninggal dunia secara tiba-tiba. Sejak mak meninggal dunia, hidup saya semakin huru hara. Ayah langsung tak hantar duit belanja. Paling sedih ayah suruh saya tinggal dengan kakak atau dengan abang. Kata ayah dia tak nak lagi bayar sewa rumah. Membazir katanya sebab saya tinggal seorang. 
Saya dengan adik yang baru habis SPM, jiwa muda, masih mentah dan juga kuat memberontak memang dia banyak menghabiskan masa di luar rumah dengan geng-geng motosikal. Saya tak dapat nak fokus belajar. Keputusan peperiksaan semester pada tahun itu juga teruk. 
Namun saat ‘down’ saya dan adik tak lama, Allah beri kekuatan untuk bangun tanpa mak dan tanpa ayah. Ayah langsung tak ambil tahu tentang kami. Saya dan adik bagai dibuang terus dari hidup ayah. Waktu itu hanya kakak dan abang sahaja tempat kami bergantung. Juga turut banyak dibantu oleh makcik, adik kedua mak. Orang lain kerjanya hanya mengutuk ayah, tanpa membantu kami. Yang mereka tahu hanya merendah-rendahkan keluarga kami dan bercakap buruk tentang ayah. Kalaulah kami boleh kenyang dengan kritikan mereka, dah lama kami gemuk. Setiap hari makan kutukan.
Selesai degree, saya sambung master. Sewaktu saya suarakan niat untuk sambung master, isteri ketiga ayah orang pertama yang membangkang. Dia suruh saya berkerja
“Sampai bila nak tanggung biawak hidup?” katanya.
Ayah tak cakap banyak, ayah cuma kata kalau saya nak sambung belajar, cari duit sendiri. Saya sedih sangat. Tapi hati saya kuat untuk terus sambung belajar. Berbekal nestum dan RM50 yang diberikan oleh kakak, saya pergi ke Johor. Makcik tolong bayar yuran pertama pengajian master saya. Namun duit makan saya perlu cari sendiri. 
Yuran semester seterusnya saya cari duit sendiri. Saya buat part time tuisyen, part time di kedai photostat dan part time mengajar komputer. Macam-macam karenah orang yang saya jumpa. Dua tahun saya survived di Johor. Akhirnya Allah izinkan saya tamat belajar dengan ijazah sarjana.
Dua bulan selepas konvo, Alhamdulillah saya dapat kerja yang sesuai dengan kelulusan saya. Kerja yang buat ayah tiba-tiba mencari saya semula. Sikit-sikit ayah telefon saya untuk minta duit. Minta duit untuk baiki kereta, untuk road tax, untuk baiki itu ini, untuk anak-anak ayah dengan isteri nombor dua. 
Kerja ayah asyik minta duit saja. Bila saya buka mulut sikit, isteri ketiga ayah cop saya anak derhaka. Anak tak kenang budi. Ayah pun sama. Sampai pernah nak buang saya dan tak nak anggap saya anak sebab asyik bergaduh dengan mak tiri. 
Ya, saya dah besar dan berumur 25 tahun pada masa itu. Dah pandai nak melawan cakap isteri ayah. Ayah pula pantang kalau kita cakap buruk tentang isterinya. Paling terkilan bila ayah tengking saya dan kata saya kena hormat ‘mama’ sebab dia pengganti mak. 
“Selamat ayah dah kahwin dengan mama sebelum mak mati. Kalau tidak, tak ada siapa nak jaga sakit demam ayah…”
Ayah memang mempertahan isteri ketiganya 100%. Memang sakit hati bila ayah asyik menangkan isterinya sampai anak-anak ayah bersama isteri nombor dua pun langsung ayah tak tanya khabar. Bila mereka telefon meminta duit darinya, ayah marah. Saya dapat tahu sampai salah seorang anak ayah berhenti sekolah ketika di tingkatan satu kerana tak sanggup dibuli kawan. Saya memang tak sampai hati tengok mereka. Ada juga bulan2 saya kirim duit. Walaupun isteri kedua juga pernah merampas ayah saya, sikit pun saya tak berdendam.
Saya selalu kena marah dengan ayah setiap kali saya ingatkan ayah pada tanggungjawabnya terhadap isteri kedua dan anak-anaknya bersama isteri kedua. Tapi ayah tak pernah insaf saya dimarahnya dan dituduh sebagai anak derhaka. Ayah dan isteri ketiganya marah betul bila saya suruh ayah bawa balik semula isteri kedua dan anak-anak ayah ke Semenanjung. 
“Siapa suruh mereka yang lari dari ayah? Tanggunglah sendiri!”
Tidak lama kemudian, ayah ceraikan isteri keduanya. Punca cerai dan bila waktu cerai saya tak tahu. Ayah langsung tak beritahu.
Beberapa tahun sudah berlalu, ujian untuk ayah dan isteri ketiganya pula. Ayah jatuh sakit, kidney failure. Semakin hari ayah semakin sakit. Mak tiri pernah cakap,
“Kalau ini bukan rumah saya, dah lama saya angkat kaki tinggalkan ayah kamu ini. Tapi rumah ini rumah dia, jadi dia yang kena keluar…”
Saya pada masa itu tak faham ‘hint’ mak tiri. Dia juga cakap yang dia menyesal berkahwin dengan ayah. Lagi pelik dia kata, dia rasa ayah ada pakai minyak guna-guna untuk buat dia kahwin dengan ayah. 
Ayah asyik keluar masuk wad, sampai mak tiri tak boleh menahan sabar lagi kerana terlalu penat, katanya. Dia sudah tidak mahu menjaga ayah lagi, lalu dia menelefon kami. 
“Ambik ayah korang ni. Ayah sendiri pun tak nak jaga! Aku dah tak larat nak jaga dia! Bawa dia balik rumah korang!”
Sekarang, sewaktu saya menulis kisah ini, saya dan adik-beradik sedang cuba usahakan ayah tinggal dengan kakak walaupun ayah menolak. Kata ayah dia masih ada rumah dan isteri, tak nak tinggal dengan anak-anak. Masalah utama ialah pusat dialisis, kerana pusat dialisis walaupun banyak tapi banyak yang penuh. Kami cuba mencari tempat dialisis yang terdekat dengan rumah kakak.
Memang kami ambil ayah kami. Ya kami ambil balik ayah yang dah berpuluh tahun lupa untuk menyayangi kami. Kami ambil balik ayah yang dirampas dari kami. Kami ambil balik ayah yang langsung lupa tanggungjawabnya pada kami dulu. Kami tak marah, kami tak terkilan. Mungkin Allah memang nak kembalikan ayah pada kami. 
Di hujung usianya, ayah pun dah tak berapa nak elok ingatannya. Semalam, dia tanya kakak saya, 
“Mana mak hang?”
‘Mak’ ialah panggilan ayah untuk mak kerana isteri nombor 2 dan nombor 3 dipanggil ‘mama’.
Kakak jawab,
“Mak ada di syurga, ayah..”
Saya hanya mampu menahan sebak dengar cerita kakak. Ayah cari mak tapi waktu ayah cari mak, mak dah tak ada. 
Saya sentiasa mendoakan yang terbaik untuk ayah. Semoga Allah permudahkan usaha kami untuk terus menjaga ayah sehingga ke akhir hayatnya nanti. Semoga kami terus istiqamah dan bersabar melayani karenah uzur ayah. 
Ayah, kami anak ayah. Ayah jangan risau, kami tak akan buang ayah. Apa yang kami buang ialah marah dan terkilan kami pada ayah suatu masa dulu. Ayah yang ada pada kami nanti ialah ayah kami. Ayah yang mungkin pernah gembira saat kami dilahirkan. Ayah yang mungkin pernah melambung kami masa kecil sampai ketawa berdekah.
Doakan urusan kami lancar, biarlah kami yang menjaga ayah. Ada rahsia Allah di situ. Assalamualaikum.


>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lYJIrW

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.